ARKIB : 28/06/2012
Tugas berat Bastian Schweinsteiger
KRAKOW - Bastian Schweinsteiger yang akhirnya cergas untuk pertembungan separuh akhir Euro 2012 berdepan Itali sedar akan diberikan tugasan berat mengawal Andrea Pirlo, jika Jerman mahu menamatkan badi apabila menentang juara Piala Dunia empat kali itu.
Jerman tidak pernah menewaskan Itali dalam kejohanan utama.
Untuk itu, Jerman perlu mengawal pergerakan Pirlo, yang menjadi penjaring dan perancang kepada gol Itali serta menunjukkan persembahan hebat pada suku akhir bertemu England sebelum menjaringkan sepakan penalti menarik yang menewaskan Joe Hart.
Gaya sepakan penalti yang diambil oleh Pirlo menunjukkan pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai kelas tersendiri.
Dia dilihat antara salah seorang pemain berpotensi untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan kali ini.
"Penalti yang dilakukan oleh Pirlo amat memeranjatkan saya.
"Apabila dia berkata dia melakukan sepakan sebegitu untuk memberi tekanan kepada England, saya tahu ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada pemain yang ada jiwa juara sepertinya, " kata jurulatih Itali, Cesare Prandelli.
Jika ada pemain yang mampu menahan setiap hantaran Pirlo di Warsaw nanti, dia adalah Schweinsteiger.
"Dia salah seorang pemain berpengalaman dalam skuad muda Jerman.
"Bastian adalah pemain berkelas dunia dan dia mengetuai semua pemain dalam pasukan ini. Saya harap dia mampu cergas sebelum perlawanan ini, " kata Mesut Ozil.
Selain Schweinsteiger, semua pemain lain berada dalam keadaan cergas dan jurulatih, Joachim Loew dijangka membawa masuk dua daripada tiga pemain yang direhatkan ketika menang 4-2 ke atas Greece pada suku akhir.
Penyerang utama, Mario Gomez akan mengambil alih kembali tempat Miroslav Klose bagi menghadapi pertahanan Itali sementara Lukas Podolski dan Thomas Mueller turut disenaraikan. - Reuters
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Havelange dapat penghargaan Platini
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










