ARKIB : 28/06/2012
Sepanyol ke final Euro 2012
DONETSK 28 Jun - Sepanyol melangkah ke final ketiga kejohanan utama berturut-turut selepas mengatasi negara jiran, Portugal 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir pertama Euro 2012, awal pagi tadi.
Selepas pertarungan selama 120 minit berkesudahan seri tanpa jaringan, Cesc Fabregas muncul wira skuad La Roja apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti kemenangan itu.
Aksi penentuan penalti bermula penuh mendebarkan apabila Xabi Alonso dan Joao Moutinho, selaku penendang pertama untuk pasukan masing-masing gagal dalam cubaan mereka.
Titik tolaknya adalah apabila sepakan keempat yang diambil pertahanan tengah Portugal, Bruno Alves menggegar palang gol untuk memberikan kelebihan buat Sepanyol.
Fabregas dipertanggungjawabkan untuk sepakan kelima yang juga terakhir, tenang menyempurnakannya - sama seperti apa yang dilakukannya ketika membantu Sepanyol menyingkirkan Itali pada suku akhir Euro 2008 melalui penentuan sepakan penalti.
Sepanyol, penyandang juara dunia dan Eropah, kini berpeluang melakar sejarah selaku negara pertama menjuarai tiga kejohanan utama berturut-turut andai melepasi halangan terakhir pada 1 Julai ini.
Mereka menanti pemenang antara Jerman dengan Itali yang bertembung pada satu lagi separuh akhir, awal pagi esok. -AFP
Berdamai, tumpu tugas
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











