ARKIB : 28/06/2012
Anwar tidak layak jadi Ketua Pembangkang
KUALA LUMPUR 27 Jun - Pembangkang dicabar mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang dilihat tidak lagi layak menjadi Ketua Pembangkang kerana terbabit dalam pelbagai kontroversi serta isu moral.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Anwar tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk mengetuai pembangkang di Parlimen sebaliknya orang yang paling sesuai menggantikannya ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pembangkang tidak mempunyai pemimpin berkualiti, tetapi daripada Anwar atau Karpal Singh (Pengerusi DAP), lebih baik Abdul Hadi," katanya menerusi blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Menurut Syed Ali, sudah tiba masanya pembangkang mengemukakan usul itu di Parlimen bagi membuktikan apa yang dilaungkan mereka mengenai keadilan dan pemimpin bersih serta telus benar-benar diamalkan.
Pada masa sama katanya, Anwar sepatutnya berundur sebagai Ketua Pembangkang untuk menumpukan lebih masa menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi yang dihadapinya ketika ini.
Ia tambah beliau, termasuk dakwaan terbaru berhubung kawalan ke atas 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion serta penglibatan wanita misteri dalam isu tersebut iaitu Zaliah Zakaria.
"Saya bersimpati dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang terpaksa menanggung aib akibat perlakuan politik Anwar. Sekarang ini, Dr. Wan Azizah berdepan pula dengan kemelut hubungan Anwar dengan Zaliah berkaitan isu akaun RM3 bilion," katanya.
Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain
Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS, laman sosial
Najib, Muhyiddin wajar dikekal demi perpaduan parti
Elak perpecahan UMNO berulang
Zahid Hamidi nafi atur pertemuan Najib, Anwar
Cadang Presiden MIC dihad dua penggal
Kelantan, Pusat diperkukuh
Pemimpin Pas Kelantan ditempelak dakwa dianaktiri kerajaan pusat
Jahara dilantik Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
MIC: Pemilihan semua jawatan tahun ini
Wakil rakyat Pas diberi 'tarbiah'
Lebuh raya: Pas Kelantan kutip RM2.6j derma
Jawatan tertinggi: Cermin diri dahulu
Elak kait politik dengan bencana alam, usah rumitkan keadaan - Zahid Hamidi
ROS siasat jumlah undi diterima CEC DAP
Norza dikembali semula hak sebagai ahli UMNO
Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam
Siew Kiong pertahan jawatan Exco hormati Sultan
UMNO Wilayah mahu Najib, Muhyiddin kekal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










