VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 28/06/2012

'Saya cuai jadi isteri baik'

KUALA LUMPUR 27 Jun - Cuaca cerah sejak awal pagi bertukar hujan lebat kira-kira sejam sebelum bekas pemain badminton beregu negara, Mohd. Jalani Mohd. Sidek melafazkan cerai ke atas isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Beliau menceraikan penerbit filem itu dengan talak satu yang turut disaksikan oleh anak kedua mereka, Puteri Suaida.

Usai prosiding, Raja Azmi yang masih bergenang air mata cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh pihak media sebaik mungkin walaupun ada ketikanya beliau dilihat terlalu sebak untuk mengeluarkan kata-kata.

Ditanya bila persoalan cerai timbul, penerbit filem Black Widow, Wajah Ayu itu menyatakan, isu terbabit timbul sejak Februari lalu.

Selain menyalahkan diri sendiri, wanita itu turut menyatakan, beliau menjadi tertekan dengan pelbagai kontroversi dan fitnah antaranya mengenai hubungannya dengan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim.

"Saya sangat kusut dengan tohmahan dan fitnah ini. Saya terima (perceraian) sebagai balasan untuk saya di dunia dan semoga saya tidak dihukum di akhirat.

"Saya cuai menjadi isteri yang baik sehingga memalukan suami saya. Saya terima, saya reda. Kerana saya, Jalani dianggap suami yang dayus sedangkan dia seorang suami baik," katanya sambil menangis teresak-esak.

Menjelaskan tiada unsur kehadiran orang ketiga, penerbit filem ... Dalam Botol itu menjelaskan, beliau dan suami sudah cuba untuk menyelamatkan perkahwinan yang berusia 28 tahun itu, namun tidak berjaya ekoran kontroversi demi kontroversi yang melanda.

Menjawab pertanyaan mengenai reaksi anak-anak berikutan perceraian ibu bapa mereka, Raja Azmi menyatakan, tiga anaknya sudah besar, mampu berfikir dan memahami masalah melanda pasangan itu.

"Mereka dididik dengan baik oleh Jalani dan mahu lihat kami berdua happy (bahagia)," katanya.

Pasangan yang bernikah di Kamunting, Perak pada 22 Disember 1984 itu dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.

Mereka juga baru dikurniakan seorang cucu lelaki, Muhammad Akid yang dilahirkan anak sulung mereka di Hospital Ampang Puteri, 5 Jun lalu.

Raja Azmi memberitahu, beliau mengharapkan perceraian itu akan membawa kebahagiaan kerana baginya, tidak semua perceraian berakhir dengan kesedihan.

Di samping itu, beliau berharap tiada lagi kontroversi membabitkan dirinya selepas bergelar janda.

"Saya tidak tahu apa dugaan sebagai janda. Tak tahu dalam peringkat usia macam ini, masih adakah kontroversi. Mungkin tak banyak," katanya yang turut memberitahu menyambut ulang tahun kelahirannya malam semalam dengan makan malam bersama keluarga.

Ditanya mungkin wujud ruang untuk kembali bersama, Raja Azmi hanya menjawab, 'mungkin ya, mungkin tidak.'

Sementara itu, Mohd. Jalani yang merupakan Penasihat Kelab Nusa Mahsuri ketika ditemui menyatakan, perceraian itu dibuat atas dasar persefahaman.

Beliau turut menyatakan tidak menjadikan perceraian itu sebagai medan untuk menyalahkan sesiapa.

"Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Ini bukan isu untuk mendakwa Raja Azmi bagus atau tidak, hanya saya yang mengetahuinya.

"Kita harus adil. Tidak patut saya simpan dia kalau di rumah dia nampak macam okey tetapi jiwanya tidak. Saya nak tengok dia bahagia sebab itu saya lepaskan," katanya kini hanya akan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Menjawab pertanyaan adakah beliau berasa bahagia menceraikan isteri yang dinikahi selama 28 tahun semata-mata demi kebahagiaan wanita itu sendiri, Mohd. Jalani menyatakan: 'Saya bahagia kerana itu satu pengorbanan dan perkahwinan memerlukan pengorbanan.'

Mengenai gelaran suami dayus, Mohd. Jalani menyatakan, beliau tidak pernah bermusuh dengan mereka yang menggelarnya sedemikian.

Ujarnya, beliau bersyukur kerana dikurniakan dengan sifat penyabar dalam mengemudi rumah tangga.

Bekas pemain badminton negara itu juga menyatakan, buat masa ini persoalan mengenai di mana beliau akan tinggal atau menetap dengan anak-anak, hanya akan dibincangkan selepas pulang ke rumah termasuk berhubung isu harta sepencarian.

Namun, apabila disoal mengenai rujuk semula, Mohd. Jalani hanya memohon agar beliau dan Raja Azmi dibiarkan hidup sebagai teman rapat dan mendoakan bekas isterinya itu beroleh kebahagiaan dan berjaya dalam hidup.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.