ARKIB : 28/06/2012
Perut memboyot masih ke kelas
SENARIO ke kelas dengan perut memboyot malah menunggu masa saja untuk bersalin adalah perkara yang boleh dibanggakan bagi ibu bekerja yang juga bergelar pelajar.
Pensyarah di Jabatan Penyiaran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Faisal Mohamed Fiah mengakui kerap kali melihat senario tersebut di fakultinya.
Katanya, bekerja dan menyambung pelajaran bukan satu perkara yang biasa. Ia memang luar biasa kerana banyak pengorbanan yang mereka lalui.
Trend tersebut meningkat seiring kemajuan dan kepesatan negara dalam mencari pakar dan tenaga mahir dalam pelbagai industri.
"Di peringkat sarjana kebanyakan mereka sememangnya sedang atau pernah bekerja di mana-mana. Jadi, berdasarkan statistik UiTM yang menunjukkan peningkatan pelajar sarjana, maknanya golongan ini juga ada kemungkinan bertambah.
"Memang pihak universiti tidak dapat pastikan jumlah dan peratusan peningkatan, sebab apabila mendaftar sebagai pelajar, status diri tidak diambil kira," katanya.
Secara peribadi, Ahmad Faisal kurang pasti mengapa wanita sudah berkahwin sanggup menjadi pelajar separuh masa.
Golongan itu kebanyakannya sudah memiliki jawatan yang baik dalam sektor pekerjaan namun masih sanggup berhadapan dengan cabaran bergelar pelajar.
"Ramai di kalangan pelajar yang telah mendirikan rumah tangga atau mempunyai keluarga menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi khususnya peringkat sarjana atau Ph.D.
"Lebih mengagumkan ada antara mereka yang yang mengandung dengan perut yang membesar datang ke kelas. Saya secara peribadi amat menghormati golongan ini sebab masih mampu belajar walaupun terpaksa membahagi tugas antara di rumah, pejabat dan UiTM.
"Apa yang jelas, mereka mempunyai kesungguhan dan seharusnya menjadi contoh kepada pelajar muda yang belajar secara sepenuh masa dan belum berkahwin dan bekerja.
"Sedangkan mereka yang sibuk mampu menamatkan pengajian apatah lagi yang sepenuh masa. Sungguhpun ada sesekali mereka berdepan dengan masalah di rumah atau pejabat dengan belajar, tetapi mereka masih mampu belajar. Inilah yang perlu diberi penghargaan," ujarnya yang juga merupakan koordinator program di UiTM.
Tambahnya, pihak universiti tidak membeza-bezakan pelajarnya. Tetapi kebiasaannya pensyarah yang terbabit akan prihatin dengan golongan ibu bergelar pelajar, cuma mereka tidak boleh menjadikan status atau masalah peribadi sebagai alasan untuk mendapat keistimewaan.
Ketika ditanya tentang masalah seperti skandal akibat keakraban pensyarah lelaki dan pelajar wanita matang, Ahmad Faisal memberikan jawapan ringkasnya: "Kalau skandal dengan yang dah berkahwin tidak pernah saya dengar. Tetapi berubah hubungan iaitu daripada hubungan pensyarah pelajar kepada suami-isteri itu memang ada. Setiap pensyarah tahu batas mereka dan dalam hal ini perkataan yang paling sesuai ialah profesionalisme."
Ahmad Faisal menasihatkan student mum ini agar tidak berputus asa terutama semasa belajar.
"Setiap perkara ada cabarannya dan harus diingat, kejayaan yang diperoleh daripada kesusahan adalah kejayaan yang cukup manis, tiada benda yang senang untuk jadi senang dalam dunia ini.
"Lagi satu, pembahagian masa harus diuruskan dengan sebaik mungkin dan pasangan harus memahami serta memberi sokongan apa yang patut kepada pasangan masing-masing.
"Sebagai isteri, jangan lupa laksanakan tanggungjawab sekalipun mereka sedang belajar. Sebagai suami pula memang tidak patut harapkan apa-apa dari isteri cuma patut beri dia galakan dan pastikan dia habiskan pelajaran dan akhirnya dia dapat apa yang diinginkan.
"Paling utama, biar sama-sama mendapat kejayaan dan kebahagiaan, dunia dan akhirat. Kepuasan sebenar suami adalah apabila selepas isteri habis belajar umpama 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah'," kata Ahmad Faisal yang isterinya turut menyambung pelajaran di peringkat sarjana.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









