ARKIB : 28/06/2012
Tiada istilah cuti hujung minggu
TIAP detik amat berharga. ‘Cuti’ saya adalah waktu tidur, kerana setiap hari saya penuh dengan aktiviti, kerja, keluarga dan kelas. Masa lapang pula untuk bersama anak-anak dan mengulangkaji pelajaran," ujar Faranieza Abd. Gapar, 29, Penyelia Akaun Petco Petronas Trading Corporations Sdn. Bhd.
Lima hari dipenuhi dengan urusan kerja di pejabat. Hujung minggu pula menyaksikan kelibat Faranieza di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, untuk menimba ilmu.
“Walaupun ramai lulusan universiti di luar sana telah memiliki segulung ijazah, masih ramai majikan yang lebih memandang kepada pengalaman kerja dan ini menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan.
“Justeru saya terpaksa menyambung pelajaran secara separuh masa untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya yang kini menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda kewangan.
Menceritakan pengalaman menjadi pelajar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, Faranieza berkata paling ketara ialah pembahagian masa.
“Saya terpaksa berkorban masa untuk belajar daripada pergi membeli-belah atau membuat aktiviti luar bersama keluarga dan rakan-rakan," jelas Faranieza yang mendapat sokongan penuh suaminya, Marzayyani Ridzuan Omar.
Cabaran terhebat yang dilalui Faranieza ialah terpaksa menguruskan keluarga seorang diri kerana suaminya bertugas di ibu pejabat Petronas di Sudan.
“Bukan senang untuk saya menguruskan segalanya seorang diri. Tetapi demi keluarga, saya terpaksa juga laluinya.
“Walaupun tinggal berjauhan dengan suami saya bersyukur kerana hasil kajian dan tesis suami banyak membantu dalam pelajaran saya kerana mengambil jurusan yang sama.
“Kedua ibu bapa dan ibu bapa mentua saya memang membantu menjaga anak ketika saya ke kelas.
“Cabaran yang paling menduga adalah kerja pejabat yang terlalu banyak, tugasan kuliah yang perlu dihantar, serentak pula dengan masa anak menghadapi peperiksaan.
“Semua itu saya hadapi dengan tenang dan sabar. Balik kerja saya akan ajar anak.
“Alhamdulillah ia amat berbaloi kerana anak saya mendapat keputusan yang memberansangkan dalam peperiksaan mereka. Itulah keutamaan saya, iaitu anak-anak," ujar Faranieza penuh optimis.
Sekiranya ada rezeki, Faranieza akan menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di Amerika Syarikat suatu hari nanti.
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









