ARKIB : 27/06/2012
Lebih 90% koperasi aktif
KUALA LUMPUR 26 Jun - Lebih 90 peratus daripada 9,516 koperasi berdaftar di negara ini bergerak aktif dan mampu memberi dividen kepada ahlinya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim (gambar) berkata, sehingga 2011, bilangan koperasi aktif di negara ini adalah sebanyak 8,385 koperasi.
"Bilangan koperasi yang memberi dividen pula ialah sebanyak 498 koperasi. Ini kerana akaun bagi tahun 2011 belum diaudit. Dijangka jumlah koperasi yang memberi dividen akan meningkat selepas akaun diaudit selalunya selepas Julai," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan jumlah koperasi berdaftar di negara ini serta jumlah koperasi aktif serta membayar dividen kepada ahli.
Rohani berkata, daripada jumlah keseluruhan koperasi berdaftar, sebanyak 92 peratus daripadanya dalam kategori koperasi kecil dan mikro yang mempunyai perolehan kurang RM1 juta setahun.
Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
Ariffin dibidas di Dewan Negara
Lengah tadbir harta pusaka timbul masalah
Tiada nombor plat peribadi - Abdul Rahim
Kandungan rancangan televisyen dikawal
1.3 peratus kadar dropped calls
ROS ada kuasa larang hubungan dengan pihak luar
Skim Rumah Pertamaku, 436 pemohon lulus
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan 2012
1.9j permohonan baharu
Bakal haji dikenakan syarat tambahan
Kementerian Kesihatan pantau produk terlarang
1,811 pelajar dibuang sekolah
Kementerian Dalam Negeri luluskan 3,824 permit masuk
Projek terbengkalai dipulihkan
Insentif galak bumiputera sertai industri burung walet
Bina jejantas ambil kira faktor jenayah
Laporan ramai wanita Malaysia curang mengejutkan
Nikah dapat RM2,000
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









