ARKIB : 27/06/2012
103 projek rumah terbengkalai diselamatkan - Lajim
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan telah membantu menyelesaikan masalah sebanyak 103 projek atau 58 peratus dari 177 projek perumahan swasta yang terbengkalai di seluruh negara sehingga tempoh 31 Mei lalu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 58 projek (33 peratus) masih dalam pelbagai peringkat pemulihan dan 16 projek (9 peratus) masih di peringkat perancangan awal pemulihan.
"Kerajaan memang memandang serius masalah yang dihadapi oleh pembeli projek perumahan terbengkalai dan komited dalam menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) yang meminta bilangan projek perumahan swasta terbengkalai di seluruh negara serta langkah yang diambil untuk memulihkan projek berkenaan dan meringankan beban pembeli rumah terbabit.
Menurut Lajim, kementeriannya telah melaksanakan pelbagai usaha dalam menangani isu tersebut termasuk mengenal pasti pemaju berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.
"Selain itu, tindakan diambil bagi memulihkan projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya kategori kos rendah dan kos sederhana melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini adalah bagi menampung kos tambahan pemulihan projek tersebut," katanya.
"Kementerian juga mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan semua pihak berkepentingan dalam pemajuan perumahan bagi mencari pilihan penyelesaian yang terbaik ke atas projek perumahan terbengkalai," katanya.
Jelas beliau, kementeriannya juga melaksanakan penguatkuasaan dengan mengenakan tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas pemaju yang tidak mematuhi peruntukan serta peraturan yang terkandung dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
Dalam meringankan beban pembeli projek perumahan terbengkalai, Lajim berkata, kerajaan mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli untuk memohon pengurangan kadar faedah serta penstrukturan semula pinjaman perumahan daripada institusi pembiaya kewangan.
"Kementerian juga membantu pembeli rumah untuk berbincang dengan pihak pembiaya bagi penyambungan pinjaman atau penambahan jumlah pinjaman setelah pemaju penyelamat telah dikenal pasti dan kerja pemulihan dijalankan," katanya.
Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
Ariffin dibidas di Dewan Negara
Lengah tadbir harta pusaka timbul masalah
Tiada nombor plat peribadi - Abdul Rahim
Kandungan rancangan televisyen dikawal
1.3 peratus kadar dropped calls
ROS ada kuasa larang hubungan dengan pihak luar
Skim Rumah Pertamaku, 436 pemohon lulus
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan 2012
1.9j permohonan baharu
Bakal haji dikenakan syarat tambahan
Kementerian Kesihatan pantau produk terlarang
1,811 pelajar dibuang sekolah
Kementerian Dalam Negeri luluskan 3,824 permit masuk
Projek terbengkalai dipulihkan
Insentif galak bumiputera sertai industri burung walet
Bina jejantas ambil kira faktor jenayah
Laporan ramai wanita Malaysia curang mengejutkan
Nikah dapat RM2,000
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









