ARKIB : 27/06/2012
Pemilihan AJK masjid tidak babitkan politik - JAIS
SHAH ALAM 26 Jun - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, sehingga kini tiada sebarang aduan diterima berhubung masalah pemilihan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negeri ini yang membabitkan soal politik.
Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, aduan yang diterima oleh agensi agama itu daripada ahli-ahli kariah terlibat hanya membabitkan soal tidak puas hati berkenaan pelantikan ahli jawatankuasa masjid.
"Pentadbiran sesebuah masjid tidak seharusnya melibatkan isu politik dan perlu meletakkannya di luar institusi tersebut bagi memartabatkan agama Islam.
"Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang aduan yang melibatkan politik tetapi hanya rasa tidak puas hati berkenaan pelantikan ahli jawatankuasa masjid sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar Sabtu lalu bahawa sebuah parti politik dikatakan sedang merangka strategi bagi menguasai lebih 2,500 masjid dan surau di seluruh Selangor untuk dijadikan 'tapak ceramah' sepanjang Ramadan bagi menyemai kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Difahamkan juga kekecohan dan beberapa siri demonstrasi oleh kariah masjid di Selangor seperti di Masjid al-Husna, Bandar Sunway dan Masjid al-Muttaqin Taman Equine, Seri Kembangan mempunyai kaitan langsung dengan tindakan campur tangan Pas.
Bagi memastikan segala usaha licik itu berjalan lancar, Pas dikatakan bertindak campur tangan secara langsung dalam sesi pemilihan ahli jawatankuasa masjid dan surau terutama melibatkan jawatan nazir dan imam I serta II, sekali gus menolak pilihan ahli kariah.
Sebelum itu, terdapat laporan sebuah parti politik melakukan rancangan rapi untuk memenangi pemilihan ahli jawatankuasa Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang, Klang sehingga sanggup menyingkirkan waris pewakaf masjid berkenaan.
Difahamkan, arahan tidak rasmi itu dikatakan sudah dikeluarkan agar masjid dan surau mengadakan tazkirah Ramadan tetapi ia mesti disampaikan oleh pemimpin Pas dan bukan pegawai agama bertauliah yang dilantik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Marzuki berkata, ahli kariah perlu mengetahui dan memahami prosedur pelantikan ahli jawatankuasa masjid yang baru dan merujuk semula buku panduan tatacara yang disediakan di seluruh masjid.
Selain itu katanya, mereka perlu mengetahui senarai pencalonan ahli jawatankuasa yang diberi kepada pejabat daerah itu bukan pelantikan yang sah.
"Senarai pencalonan ini akan ditapis dan dibincangkan ke peringkat daerah yang dipengerusikan oleh pegawai tadbir serta dikemukakan ke mesyuarat jawatankuasa kariah peringkat negeri sebelum disahkan oleh JAIS," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap agar bekas ahli kariah atau mana-mana individu tidak lagi melakukan demonstrasi di masjid berhubung isu berkenaan.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









