ARKIB : 27/06/2012
Glomac tumpu kepada pembangunan perbandaran
KUALA LUMPUR 26 Jun - Glomac Bhd. (Glomac) mahu memberi tumpuan semula kepada pembangunan perbandaran kerana segmen itu menjanjikan prospek yang cerah ketika ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk FD Iskandar FD Mansor (gambar) berkata, syarikat tersebut sentiasa sensitif terhadap permintaan pasaran.
"Kami pernah membuat keputusan untuk memberi perhatian kepada pembangunan komersial dan kini kami mahu menumpukan semula kepada pembangunan perbandaran, " katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut FD Iskandar, Glomac mencatat jualan kukuh bagi projek perbandaran di Bandar Saujana Utama dan Saujana Rawang.
Menyentuh mengenai prestasi kewangan syarikat, beliau menjangkakan mampu mengekalkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 30 peratus bagi tahun kewangan 2013 setelah merekodkan untung bersih sebanyak RM85.6 juta bagi tahun kewangan 2012 berakhir 30 April lalu, berkembang 36 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Prestasi positif itu didokong oleh projek- projek utamanya seperti Glomac Damansara, Glomac Cyberjaya serta Glomac Tower.
Jualan baru turut mencatatkan peningkatan apabila ia merekodkan jumlah keseluruhan jualan sebanyak RM663 juta pada tahun kewangan 2012 berbanding sasaran awal iaitu RM500 juta.
Glomac merekod peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 9.7 peratus kepada RM656.6 juta bagi keseluruhan tahun kewangan 2012 berakhir 30 April lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Syarikat itu turut mencadangkan pembayaran dividen kasar akhir sebanyak 2.75 sen sesaham bagi tahun kewangan 2012 sekali gus menjadikan keseluruhan pembayaran dividen adalah 5.5 sen sesaham, lebih tinggi berbanding 4.75 sen sesaham yang dibayarnya pada tahun lalu.
"Kami sentiasa komited untuk melaksanakan pembayaran dividen walaupun memerlukan tunai untuk aktiviti-aktiviti pengembangan perniagaan," katanya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









