ARKIB : 27/06/2012
Mitsubishi sasar jual 50 unit i-MiEV tahun ini
IPOH 26 Jun - Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (MMM) menyasarkan jualan 50 unit pertama kereta elektrik sepenuhnya yang pertama di Malaysia, i-MiEV, seawal-awalnya penghujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda berkata, kereta buatan 100 peratus dari Jepun itu kini berada di peringkat akhir penentuan harga serta aktiviti pemasaran.
"Harganya mungkin lebih mahal daripada kereta biasa tetapi pihak kami ada menerima permintaan dan pertanyaan serius mengenai 'kereta hijau' ini walaupun kemudahan infrastrukturnya masih belum ideal di sini.
"Kita juga menyasarkan kepada segmen syarikat-syarikat yang mementingkan kesedaran terhadap alam sekitar, termasuk firma elektrik dan hotel," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran bilik pameran 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) Mitsubishi dengan kerjasama FA Automobiles (Ipoh) Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan FA Automobiles (Ipoh) Sdn. Bhd. Cheng Seng Fook.
I-MiEV atau singkatannya 'Mitsubishi innovative Electric Vehicle' mampu menghasilkan kuasa sehingga 49 kW serta 180 Nm dan boleh bergerak sejauh 160 kilometer selepas dicaj selama lapan jam menggunakan kuasa 230 volt.
Kelajuan kereta seberat 1,450 kilogram itu mampu mencapai 130 km/j dan prestasinya 31 peratus lebih pantas berbanding kereta berenjin petrol pada kelajuan 40 hingga 60 km/j.
I-MiEV menggunakan sumber tenaga tunggal daripada 330V bateri lithium-ion berjaminan 10 tahun yang dipasang di bawah lantai kereta dan boleh dicaj menggunakan soket biasa di rumah.
Kesatuan saran KTMB laksana model perniagaan baru
Sasar raih projek bernilai RM1.5b
MAHB sasar operasi klia2 bermula 2 Mei 2014
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










