ARKIB : 27/06/2012
15 IPTA terima geran RM14 juta
SEPANG 26 Jun - Sebanyak 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dianugerahkan geran bernilai RM14 juta untuk melaksanakan 116 projek di bawah fasa kedua Program Pemindahan Ilmu (KTP).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut merupakan kesinambungan projek fasa pertama kementeriannya bermula pertengahan tahun lalu.
''Program itu merupakan salah satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memindahkan ilmu pengetahuan dari IPTA kepada pihak industri dan komuniti,'' katanya selepas melancarkan seminar Projek Agenda Kritikal KTP di sini hari ini.
Sebanyak 15 IPTA yang terlibat dalam projek fasa kedua itu termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI).
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









