VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 27/06/2012

Pas gagal majukan Kelantan

KEMAJUAN atau kemunduran sesebuah negara atau negeri sering dikaitkan dengan beberapa faktor ekonomi termasuk geografi, sumber alam, hasil semulajadi serta sikap penduduk.

Ada negara yang kecil dari segi saiz dan jumlah penduduknya, tetapi disebabkan mahir menggunakan jentera ekonominya, negara itu dapat bersaing dengan negara lain. Sekaligus, rakyat mampu menyaingi kebolehan rakyat negara lain.

Begitu juga, ada negara tidak mempunyai sumber hasil semulajadi tetapi disebabkan berjaya menggunakan kepakaran rakyatnya, negara itu dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya.

Negara seperti ini biasanya berjaya menyediakan golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ia bermula dengan sistem pendidikan terancang. Apabila berlaku perubahan dari segi teknologi, rakyat negara itu mudah menyesuaikan diri.

Ada juga negara yang besar saiz dan kaya hasil mahsulnya, tetapi disebabkan pemimpinnya terlalu jumud, mereka tidak dapat menggerakkan ekonomi, maka negara itu terus miskin. Kekayaan yang ada di negara itu tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Akibatnya, kehidupan rakyat tidak berubah. Jika dulu petani dengan pendapatan rendah, sekarang pun mereka masih bertani dengan pendapatan juga tidak pernah bertambah. Bagi negara atau negeri seperti ini, mereka sering meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Dalam menguruskan ekonomi, saiz sesebuah negara atau negeri bukanlah faktor utama. Ramai pakar ekonomi berpendapat lebih kecil sebuah negara atau negeri itu, lebih mudah diuruskan asalkan penggerak ekonominya mempunyai wawasan untuk memajukan negara atau negerinya.

Jika peka terhadap kemajuan, negara atau negeri miskin pun boleh dimajukan. Jika tidak mempunyai sumber ekonomi sekalipun, mereka boleh meneroka bidang baru yang boleh memberi pulangan besar.

Hakikatnya, negara atau negeri yang kaya dengan pelbagai sumber asli sekalipun tidak dapat digerakkan jika pemimpinnya tidak bertekad untuk memajukan negara atau negeri mereka. Apatah lagi jika ia dipimpin oleh golongan yang tidak mempunyai wawasan.

Malaysia, umpamanya, tidak akan maju seperti hari ini jika dipimpin oleh golongan berfikiran ortodoks. Malaysia tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada sektor pertanian untuk maju.

Oleh itu, kerajaan terpaksa memikirkan pelbagai perusahaan berasaskan teknologi untuk membolehkannya bersaing. Hari ini Malaysia adalah antara negara yang meneroka bidang teknologi maklumat (IT).

Sekiranya negara ini masih lagi bergantung kepada sektor pertanian, pastinya keadaan 30 atau 40 tahun lalu terus kekal.

Kelantan berpotensi untuk maju. Negeri itu mempunyai pelbagai faktor ekonomi yang diperlukan sebagai prasyarat untuk kemajuan.

Prasyarat ekonomi di Kelantan sebenarnya sudah lengkap. Tetapi disebabkan sikap dan pemikiran pemimpinnya yang masih kuno, kemajuan Kelantan sukar dianjak.

Kerajaan Kelantan ketika diambil alih oleh Pas sudahpun mempunyai kemudahan infrastruktur tersusun rapi. Segala kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan elektrik dan air semuanya sudah lengkap.

Sumber kekayaan negeri itu hanya menunggu masa untuk diteroka untuk kebaikan rakyat negeri itu. Asas untuk maju sudah dibekalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Tetapi sejak memerintah negeri itu dalam tempoh empat penggal lalu, tidak banyak perubahan dilakukan kerajaan Pas. Masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan sedangkan rakyat Kelantan memang dikenali dengan semangat rajin bekerja. Apa silapnya?

Walaupun Kelantan mempunyai potensi besar tetapi peluang rakyat untuk maju ditutup oleh corak pemerintahan kerajaan negeri yang sempit. Mereka tidak dapat memajukan diri disebabkan kerajaan negeri tidak dapat melihat peluang dalam bidang ekonomi yang begitu luas.

Lihat sahaja rakyat Kelantan di bandar raya lain, umumnya di Kuala Lumpur. Mereka adalah antara yang ramai berjaya dalam bidang masing-masing. Mengapakah mereka tidak dapat maju di negeri sendiri?

Kerajaan Kelantan seharusnya berani mengakui kelemahan sendiri. Mereka perlu menerima hakikat gagal mentadbir kerajaan negeri itu dengan baik. Bagi menutup kelemahan, pemimpin kerajaan Pas Kelantan memberi pelbagai alasan melindungi kegagalan mereka.

Paling jelas mereka cuba mengabui mata rakyat dengan memisahkan antara kehidupan di dunia dengan akhirat. Apabila rakyat dikelirukan supaya mementingkan kehidupan di akhirat, secara sendirinya kegagalan mereka memajukan Kelantan berjaya ditutup.

Kemungkinan, kerajaan Pas mahu rakyat Kelantan terus mundur dan dibelenggu kerana dengan cara itu mereka mudah dipengaruhi. Pas gunakan mandat rakyat Kelantan hanya untuk kepentingan politik yang sempit. Apa fikir lagi, tolak sahaja Pas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.