ARKIB : 26/06/2012
Politeknik PD janji terbaik di Perodua Eco-Challenge 2012
TELOK KEMANG 25 Jun - Politeknik Port Dickson di sini, bersedia memberikan saingan terbaik pada pertandingan Perodua Eco-Challenge 2012 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Motor Melaka pada 13 hingga 15 Julai ini.
Ketua Program Pemasarannya, Shukeri Mohamad Ros berkata, pertandingan reka cipta kemahiran kejuruteraan, selain perniagaan dan pemasaran itu adalah untuk menguji kemampuan pelajar dalam menghasilkan produk yang baik, sekali gus memasarkannya.
"Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan sejak Mac lalu bagi memastikan kelancarannya.
"Antara yang kami lakukan adalah menganjurkan pertandingan mencipta logo, tagline atau slogan serta menamakan kereta yang dicipta oleh pasukan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pertandingan yang melibatkan 13 institusi pengajian tinggi awam dan swasta itu diperkenalkan pihak Perodua (M) Sdn. Bhd. dalam usaha mencungkil bakal jurutera muda dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Menurut Shukeri, seramai tujuh pelajar akan terlibat dalam aspek pemasaran produk dan 17 pelajar kejuruteraan mekanikal pula membangunkan kereta prototaip dengan dibantu oleh beberapa pensyarah.
"Kita telah bekerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik bagi menghasilkan produk itu dan persefahaman antara pasukan pemasaran juga penting supaya ia dapat memberikan kesepakatan ketika membuat pembentangan kelak," jelasnya.
Sementara itu, dua pensyarah yang terlibat dalam program tersebut, Shamariza Maarof dan Nor Ariefah Hafidza Kadir memberitahu, program berkenaan dilihat mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi.
Nor Ariefah Hafidza, pendedahan dalam pemasaran dan kemahiran, selain mampu berinteraksi dengan baik boleh menjadi 'senjata' kemenangan Politeknik Port Dickson dalam cabaran kali ini.
Segala aktiviti, program dan makluman berkenaan pertandingan itu boleh layari laman web www.polipd.edu.my dan juga laman sosial mereka di http://www.facebook.com/pages/Penyertaan-Politeknik-Port-Dickson-dalam-Perodua-Eco-Challenge.
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Sokong UMNO pertahan hak bangsa Melayu
Kesedaran keselamatan pejalan kaki perlu ditingkatkan
KAYM tawar Dermasiswa Pendidikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









