ARKIB : 25/06/2012
Malam Gala kumpul dana bantu sekolah
SEKOLAH St. Mary Kuala Lumpur akan meraikan sambutan 100 tahun warisan dan kecemerlangan pendidikannya dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang acara kemuncaknya adalah Majlis Makan Malam Gala "One Century, One Legacy", pada 3 November akan datang.
Pengetuanya, Goh Hai Bee berkata, dana yang dikumpulkan sebelum dan semasa majlis makan malam itu akan digunakan untuk memperbaiki dan menambah baik bangunan-bangunan sekolah.
"Ia juga akan digunakan untuk menggantikan dan meningkatkan kemudahan bilik siber serta makmal komputer selain menggantikan peralatan muzik lama serta penyelenggaraan Bilik Warisan," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Meja-meja pada majlis Makan Malam Gala yang bakal diadakan itu berharga RM10,000 bagi meja Utama atau Platinum dan RM5,000 untuk meja Perak. Manakala, meja biasa pula berharga RM1,500 atau RM150 setiap seorang.
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan meja majlis Makan Malam Gala ini, sila hubungi Tan Cheng Kim di talian 013-3695918 atau layari laman sesawang www.facebook.com/StMaryKL100YearsGalaDinner.
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









