VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 25/06/2012

Bantu pelajar kurang kemampuan

Raja Nong Chik menyampaikan Anugerah Sekolah Terbaik kategori sekolah menengah kepada Pengetua Sekolah Menengah Convent Sentul, Tan Tee Hwa, pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Piala Pusingan Datuk Bandar 2011 kali ke-5 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PROJEK Bintang Cemerlang telah memberi kesan positif terhadap prestasi sekolah-sekolah terlibat melalui akademik, seni dan sukan yang direka untuk melahirkan pemimpin masa depan yang serba boleh, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurutnya, sejak 2008, Program kerjasama antara Sentul Raya Sdn. Bhd. (SRSB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memberi manfaat kepada sekolah yang mengambil bahagian dan para pelajarnya.

"Projek Bintang Cemerlang berupaya merapatkan jurang perbezaan yang wujud dalam kalangan murid terlibat antaranya seperti tahap pendapatan keluarga yang rendah, persekitaran rumah yang tidak kondusif untuk belajar serta kekurangan kewangan keluarga untuk membiayai peralatan persekolahan anak-anak," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Piala Datuk Bandar 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah kali kelima ini adalah sebahagian daripada Projek Bintang Cemerlang, iaitu usaha pembaharuan bandar bagi membantu para pelajar dari kumpulan berpendapatan rendah.

Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dan Pengarah Eksekutif SRSB, Datuk Yeoh Seok Kian.

Pada majlis itu, seramai 71 pelajar dipilih menerima Anugerah Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 69 bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Manakala 94 pelajar lagi menerima Anugerah Sukan/Kokurikulum.

Di samping anugerah kecemerlangan kepada pelajar, sekolah-sekolah turut diberi pengiktirafan melalui Anugerah Sekolah Terbaik dengan hadiah wang tunai bernilai RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 bagi sekolah yang paling cemerlang di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tiga pemenang terbaik sekolah rendah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, SK La Salle Sentul 1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Man.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul, SMK Seri Permaisuri dan SMK Padang Tembak pula mengungguli kategori sekolah menengah.

Sementara itu, Seok Kian berkata, program ini juga meneraju beberapa aktiviti yang boleh mempertingkatkan motivasi pelajar untuk meraih kecemerlangan dalam pendidikan seperti; Kem Jati Diri - yang merupakan program bina upaya dan potensi diri pelajar yang terlibat; Seminar Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta Kem Kesedaran Alam Sekitar Eco Drum Circle.

"Aktiviti-aktiviti yang digerakkan melalui Projek Bintang Cemerlang ini bermatlamat untuk membimbing pelajar yang berada dalam situasi serba kekurangan secara terbimbing menerusi penyediaan pelbagai peluang pendidikan melalui pengalaman melebihi ruang lingkup pembelajaran dalam bilik darjah," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.