ARKIB : 25/06/2012
Cawangan terbaru SNR di Putrajaya
KUALA LUMPUR 24 Jun - Syarikat aksesori kereta milik Bumiputera, SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn. Bhd. (SNR) telah membuka cawangan baru ke-13 di Presint 15, Putrajaya baru-baru ini.
Terletak di Jalan Diplomatik 30, Persiaran Diplomatik, lokasi berkenaan dilihat mampu memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Putrajaya yang ketika ini terpaksa keluar ke kawasan berdekatan untuk memperoleh perkhidmatan berkenaan.
Pengarah Urusannya, Mazlan Abdulrani berkata, cawangan baru berkenaan menawarkan perkhidmatan yang sama seperti cawangan SNR yang lain, selain ditambah dengan pakej baru iaitu perkhidmatan dari rumah ke rumah.
"Kini penduduk di Putrajaya boleh menghubungi SNR jika berdepan dengan masalah berkaitan kereta dan pekerja mahir kami akan terus ke lokasi tersebut.
"Ini merupakan salah satu keunikan yang ditawarkan SNR kepada Putrajaya. Selain itu, kami turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena pembukaan cawangan baru tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia.
Talian perkhidmatan SNR bagi lokasi Putrajaya adalah 013-7789904 dan 013-7787066.
Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh SNR adalah sistem pendingin hawa, audio, NGV, servis enjin, pendawaian, cat, pelapik cermin dan pelbagai lagi.
Mitsubishi lancar ASX baharu
Nissan panggil balik 841,000 kenderaan
Kereta MINI akan dipasang di Malaysia
TEC yakin jual 20 kenderaan Isuzu D-Max
Wanita perlu cuba Touareg TDI
ETCM anjur bengkel khas buat pemilik Nissan
BMW lancar Z4 sDrive20i
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









