VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 25/06/2012

Potensi pelancongan memerhati burung

Gary Albert (kiri) memberi penerangan mengenai teknik mengambil gambar ketika aktiviti memerhati burung anjuran Kelab Ladang Kelapa Sawit bersama IJM Plantations Sdn. Bhd. di rumah kelab itu di Sabang Sugut, Beluran, Sandakan.

BERSAMA kira-kira 600 spesies burung tempatan dan yang berhijrah dengan 50 daripadanya hanya terdapat di kepulauan Borneo, Sabah mempunyai potensi besar dalam pelancongan memerhati burung.

Ini sekali gus dapat mempelbagaikan lagi produk pelancongan di negeri ini yang terkenal dengan keindahan flora dan fauna hingga menarik kunjungan ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Menyedari potensi ini, Kelab Burung Borneo yang ditubuhkan pada Oktober 2010 giat mempromosi pelancongan memerhati burung di negeri ini.

Kehadiran ramai pemerhati burung dari luar negara ke negeri ini dan ditambah dengan minat, menjadi landasan kepada penubuhan kelab itu yang diterajui oleh Presidennya, Gary Albert.

Kelab ini, yang dianggotai 100 orang berada di landasan terbaik bagi membantu mempromosi minat memerhati burung di negara ini terutama di Sabah yang mempunyai banyak spesies burung yang unik dan endemik.

Albert berkata, pelancongan memerhati burung di negara ini memang ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk dalam kalangan negara Asia Tenggara dan Eropah.

Negara-negara seperti di Filipina, Thailand, Singapura, Taiwan serta beberapa negara di Eropah sudah menerokai bidang pelancongan ini dan mempunyai kelab pencinta burung dengan bilangan anggota yang ramai.

"Baru sekarang, kami dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar giat menanam minat di kalangan rakyat negeri ini dalam aktiviti memerhati burung," katanya.

Di Malaysia, usaha mempromosi aktiviti memerhati burung hanya dilakukan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan di Sabah oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar Sabah.

Di Sabah, usaha secara besar-besaran dilakukan untuk mempromosi aktiviti memerhati burung bermula dengan penganjuran Festival Burung Borneo pertama di Sepilok, Sandakan pada Oktober 2009, yang turut disertai ahli Kelab Memerhati Burung dari luar negara.

Berdasarkan sambutan menggalakkan, festival kedua dianjurkan pada bulan yang sama tahun lepas.

Katanya, di negeri Sabah terdapat beberapa tempat yang popular untuk memerhati burung antaranya di Rainforest Discovery Center (RDC) di Sepilok , Taman Kinabalu di Kundasang, Kampung Sukau di Kinabatangan, Lembah Danum dan Tabin di Lahad Datu dan Sungai Klias di Beaufort.

Katanya, banyak spesies burung boleh dilihat di kawasan-kawasan ini termasuk yang endemik kepada kepulauan Borneo sahaja dan ia menjadi lokasi digemari oleh pelancong asing yang meminati aktiviti memerhati burung.

Dalam usaha menarik minat dalam kalangan orang awam, kelab berkenaan melaksanakan program bagi generasi muda dan sebagai permulaan ia membabitkan Ranger Muda di RDC yang dianggotai pelajar sekolah rendah dan menengah.

Program lain adalah melalui pameran bergerak dan Festival Burung Borneo akan datang.

Menurut Albert, kelab berkenaan juga menumpukan kepada usaha melahirkan lebih ramai pemandu pelancong yang mengetahui spesies burung kerana di negeri ini jumlahnya masih kurang.

Hanya terdapat kira-kira enam pemandu pelancong yang mahir mengenai spesies burung dan berlesen di negeri ini tetapi permintaan daripada pelancong asing yang datang ke negeri ini untuk memerhati burung adalah tinggi.

Dalam program jangka panjang, pihaknya akan menumpukan latihan kepada pemandu pelancong biasa mengenai burung terutama dalam mengenali spesies burung dan etika ketika memerhati burung.

Sekarang ini, sudah ada agensi pelancongan menawarkan aktiviti memerhati burung dalam pakej mereka yang menunjukkan wujudnya permintaan dalam kalangan penggemar burung dari luar negara.

Menurutnya, agensi pelancongan yang menawarkan aktiviti ini mengendalikannya menggunakan pemandu pelancong biasa yang hanya mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai spesies burung.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.