VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 24/06/2012

Dari Kaherah ke Iskandariah

Masjid Al-Azhar mempunyai kubah yang unik dan mempunyai dua 'cabang' kubah kecil.

LAWATAN selama empat hari ke Mesir ini merupakan program Umrah dan Ziarah yang kami pilih daripada sebuah agensi pelancongan tempatan.

Bumi peradaban sejarah, agama dan seni bina ini memang mengagumkan.

Itulah gambaran tepat keunikan Mesir sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di rantau Arab.

Tempat pertama yang kami lawati setibanya di Kaherah, Mesir adalah Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi.

Kubu tersebut yang dibina atas semangat dan keperibadian Sultan Salahuddin Al-Ayubi terserlah sebaik sahaja kami melalui pintu gerbang kubu tersebut.

Sultan Salahuddin Al-Ayubi ialah seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan keberanian dan sifat kesatrianya dalam Perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis daripada tangan Kristian.

Kami juga berpeluang melawat Masjid Muhamad Ali Pasha yang terletak di dalam kubu pertahanan Salahuddin Al-Ayubi.

ModenRuang dalam masjid ini diperbuat daripada batu marmar besar yang indah.

Masjid ini didirikan oleh Raja Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir moden pada akhir abad ke-19.

Bentuk luarnya pula hampir seperti masjid -masjid yang ada di Albania, Yugoslavia dan Turki kerana memiliki kubah khas setinggi 52 meter dan menara yang tingginya melebihi 84 meter.

Dari tempat ini dapat dilihat pemandangan seluruh penjuru kota Kaherah.

Tidak lengkap ke Mesir sekiranya tidak melawat Masjid dan Universiti Al-Azhar yang menjadi tumpuan ramai sarjana dari seluruh dunia.

Apa yang membezakan Masjid Al-Azhar daripada masjid lain di dunia adalah kubahnya yang unik yang mempunyai dua 'cabang' kubah kecil.

Seterusnya kami melawat Makam Imam Syafie, yang terletak di Haiyu Syatie, Kaherah.

Binaan makam dipagari dengan dinding atau pagar kayu berukir yang merupakan hadiah daripada masyarakat Islam India.

Pada hari kedua, kami dibawa melawat Piramid yang terletak di Giza.

Piramid Agung Kufu adalah yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Kufu, Khafre dan Menkaure).

Piramid ini yang asalnya menempatkan mayat Firaun telah dijadikan kawasan pelancongan yang dikunjungi berjuta pelancong setiap tahun.

Sebelum ini, ahli arkeologi mendapati piramid dibuat daripada batu kapur dan basalt tetapi kajian terkini mendapati ia sebenarnya diperbuat daripada tanah.

Selepas melawat piramid kami dibawa melawat Sphynx, patung batu yang menyerupai separa singa dan separa manusia.

Hidung Sphynx telah dihancurkan oleh bola meriam tentera Napoleon sebagai tanda keangkuhan mereka memusnahkan hidung 'tuhan' orang Mesir.

Alangkah gembiranya hati saya kerana tertunai sudah hasrat di hati untuk melihat dua keajaiban dunia ini.

Seterusnya kami ke kedai minyak wangi yang menjual hampir 3,000 jenis pati minyak wangi.

Destinasi seterusnya adalah bazar papyrus iaitu kilang membuat kertas daripada pokok papyrus.

Satu pengalaman yang berharga kerana kami dapat melihat demonstrasi membuat kertas daripada pokok papyrus oleh pemilik kedai.

Seterusnya kami menaiki bot menyusuri Sungai Nil - memori terindah buat kami sekeluarga.

Sungai Nil yang merupakan delta subur sejak 5000 tahun dahulu menjadi sumber pengairan yang amat penting sehingga kini.

Deretan bangunan dan kebun sayur menawarkan keindahan pemandangan yang menakjubkan.

Hembusan angin sejuk dan lagu gelek dari bot-bot yang membawa penumpang meninggalkan satu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan.

Seterusnya kami dibawa membeli-belah di Bazar Khan Khalili.

Perasaan kami cukup teruja memandangkan kadar tukaran asing Egypt Euro adalah separuh daripada Ringgit Malaysia.

Pasar ala Chow Kit ini menawarkan pelbagai barangan daripada makanan, pakaian, beg, barang perhiasan, mainan dan antik.

Keesokan harinya kami dibawa melawat bandaraya Iskandariah.

Antara tempat bersejarah dan menarik yang kami lawati, Istana Raja Farouk yang berhadapan dengan Laut Mediterranean.

Raja Farouk ialah raja terakhir Mesir yang mengamalkan cara hidup sangat mewah.

Beliau mempunyai beribu hektar tanah, berpuluh istana dan beratus kereta.

Mengikut ceritanya, beliau pernah memerintahkan kesemua lampu rumah rakyat Mesir dimatikan bagi membolehkan kesemua lampu-lampu di istananya dihidupkan.

Seterusnya kami melawat Taman Bunga Montaza, Makam Nabi Daniel dan Makam Lukman Al-Hakim.

Kami juga berpeluang bergambar di hadapan Perpustakaan Iskandariah, perpustakaan tertua di dunia.

Tidak ketinggalan kami juga melawat Kristal Asfour pada keesokan harinya yang menjual pelbagai barangan kristal dengan harga berpatutan sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk ke Madinah.

Pengalaman menjejakkan kaki ke Mesir, bumi yang sentiasa dilawati para anbia dan penuh dengan sejarah para nabi, akan terus tersemat dalam lipatan memori kami.

Di sini tercatat kisah dan peninggalan sejarah Nabi Musa, di sini juga berlaku peristiwa Nabi Yusof dibuang di perigi, seperti dikisahkan di dalam Al-Quran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.