ARKIB : 24/06/2012
Curi ATM: Pengawal, detektif ditahan
KUALA LUMPUR 23 Jun - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di pasar raya Giant, Taman Permata semalam beberapa jam selepas kegiatan jenayah itu dilakukan.
Dua daripada suspek merupakan pengawal keselamatan di premis itu manakala seorang lagi ialah detektif pasar raya tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Mohd. Nazri Zawawi berkata, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan pada pukul 1 petang ketika bertugas di pasar raya itu.
Mereka dikatakan bekerja ketika rompakan berlaku pada awal pagi.
"Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Hari Kesedaran Jenayah peringkat daerah Ampang Jaya di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
Dalam kejadian awal pagi semalam, sebuah bank kerugian hampir RM80,000 apabila ATM di pasar raya itu dirompak.
Bagaimanapun alat penggera di pasar raya itu tidak berbunyi ketika kejadian.
Kejadian itu merupakan kes keempat berkaitan rompakan ATM dalam tempoh tidak sampai sebulan.
Sementara itu, Thaiveegan dalam ucapannya berkata, masyarakat perlu bersama-sama polis untuk mengurangkan kadar jenayah dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah.
Sehubungan itu, katanya, mereka boleh bersama polis dalam menyalurkan maklumat dengan menjadi anggota Rakan Cop dan MyDistress sekiranya melihat sebarang kejadian jenayah.
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









