ARKIB : 23/06/2012
Ronaldo tak mampu disekat
WARSAW - Cristiano Ronaldo menepati status pemain termahal di dunia apabila menjaringkan gol kemenangan Portugal untuk ke separuh akhir Euro 2012 selepas mengalahkan Republik Czech 1-0, semalam.
Bintang Real Madrid itu juga membuktikan dia merupakan antara pemain terbaik dunia apabila jaringan menarik menerusi tandukan pada minit ke-79, menyingkirkan Czech, sebagai pasukan pilihan dari suku akhir kejohanan.
Ronaldo, yang dikawal ketat sepanjang perlawanan semalam, akhirnya menemui jaringan hasil umpanan tepat pemain tengah Joao Moutinho, 11 minit sebelum tamat waktu permainan, setelah dua percubaan awal pemain itu terkena tiang.
Pada separuh akhir, Portugal akan menentang sama ada juara bertahan, Sepanyol atau Perancis.
“Ia perlawanan yang hebat oleh Portugal.
“Dalam 20 minit terawal perlawanan, kami tidak begitu teratur, tetapi selepas itu kami berusaha meningkatkan persembahan dan mencipta peluang jaringan.
“Sekarang saya rasa peluang pasukan untuk mara ke perlawanan akhir adalah 50:50, kami perlu mempercayai kebolehan sepasukan yang ada.
“Kami berhak untuk menang, kami mencipta banyak peluang dan terkena tiang beberapa kali. Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Portugal beraksi dengan baik sekali," kata Ronaldo.
Sementara itu, jurulatih Czech, Michal Bilek berkata, strategi mereka dengan mengawal ketat Ronaldo menyebabkan bahagian serangan lawan agak tumpul.
Namun memasuki babak kedua, Portugal mula menguasai perlawanan di mana Ronaldo, Nani, Hugo Almeida, Moutinho acap kali membuatkan Petr Cech bekerja keras, sehinggalah jaringan berhasil pada minit ke-79. - REUTERS
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










