ARKIB : 22/06/2012
Rangka mammoth ditemui di Serbia
LONDON 21 Jun - Ahli arkeologi menemui kubur sekurang-kurangnya lima gajah purba atau mammoth di sebuah kawasan perlombongan arang batu di Serbia.
Akhbar Daily Mail melaporkan, penemuan di lombong di Kostolac, timur Belgrade itu adalah yang pertama seumpamanya di rantau tersebut.
Wakil Institut Arkeologi Serbia, Miomir Korac berkata, penemuan itu boleh membantu saintis mendapat gambaran mengenai kehidupan di Balkan semasa zaman ais.
"Terdapat berjuta-juta serpihan bangkai mammoth di dunia tetapi kebanyakannya sukar untuk diterokai,'' katanya.
Bangkai gajah purba itu ditemui selepas kawasan tersebut digali sedalam 20 meter.
Korac berkata, kubur gajah purba itu terdapat di kawasan seluas lapan hektar.
Saintis pada 2009 pernah menemui tulang gajah purba yang sempurna di kawasan sama. - AGENSI
Thein Sein gesa henti keganasan
Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh
Israel balas tembakan ke arah Syria
Palestin beri peluang pada AS
Isu pengundi hantu undang kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
51 terbunuh puting beliung landa Oklahoma City
Krew keracunan makanan, Pesawat terpaksa mendarat di Paris
Rusia gagalkan plot pengganas serang Moscow
Dua maut dalam letupan bom kereta di Rusia
Tentera Syria gempur Qusayr
Dr. Mahathir saran Mesir guna model Malaysia
AS dilanda ribut, seorang terbunuh
PTI tambah satu kerusi
200 anggota Ansar al-Sharia ditahan
China minta Pyongyang campur tangan
India, China setuju selesai isu sempadan
Puting beliung, hujan batu melanda utara AS
10 polis Iraq terbunuh dalam serangan militan
Letupan di Hotel Asia, 6 cedera
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









