ARKIB : 22/06/2012
Mustika Ratu rancang tingkat jualan di Malaysia
JAKARTA 21 Jun - Syarikat pengeluar produk kosmetik tradisional Indonesia, PT Mustika Ratu merancang untuk meningkatkan lagi 30 peratus jualan di pasaran negara jiran Malaysia menjelang hujung tahun ini.
Menurut Pengarah Presiden syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Indonesia itu, Putri Kuswisnu Wardani, PT Mustika Ratu mencatat jualan bersih bernilai AS$43.2 juta (RM136.8 juta) tahun lalu.
Daripada angka jualan berkenaan, sebanyak enam peratus iaitu Rupiah 24 bilion (RM8.1 juta) merupakan nilai eksport produk berkenaan ke luar negara.
Berdasarkan rekod syarikat berkenaan, pasaran Malaysia menyumbang sebanyak 65 peratus daripada jumlah pasaran antarabangsa produk PT Mustika Ratu.
Pasaran kedua bagi Mustika Ratu ialah di Arab Saudi diikuti Singapura, Brunei Darussalam, China, Rusia, Jerman, Turki dan Dubai.
Pada masa ini, Mustika Ratu memiliki 15 rangkaian cawangan di Malaysia.
Menurut Putri, menjelang bulan depan, syarikat berkenaan akan meluaskan lagi rangkaian pengedaran menerusi syarikat Sun Jiang Sdn Bhd, Kara Sdn. Bhd. dan Banee Sdn. Bhd. di negara jiran itu.
"Seiring dengan usaha memperluaskan perancangan perniagaan di Malaysia, kami juga akan terus mengukuhkan pasaran domestik sebagai menampung permintaan yang rendah untuk pasaran global," jelas beliau seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post hari ini.
Pada masa sama, Mustika Ratu juga katanya, memiliki perancangan untuk meningkatkan jumlah produksi menjangkau 30 peratus sebagai menyokong usaha meningkatkan jualan.
Pencapaian terbesar syarikat berkenaan pada tahun lalu disumbangkan melalui produk kosmetik jenama Mustika Ratu yang merangkumi 50 peratus jumlah keseluruhan nilai jualan.
Ia diikuti dengan jenama Mustika Puteri yang menyumbang sebanyak 30 peratus angka jualan.
Mustika Ratu merupakan jenama yang sudah kukuh di pasaran Indonesia yang memasarkan produk kecantikan berasaskan herba tradisional, minuman herba, produk kecantikan wajah, rambut dan tubuh.
Sementara Mustika Puteri pula yang menyasarkan golongan gadis remaja menawarkan produk seperti alat solek, pewangi tubuh dan pewangi ketiak.
Syarikat berkenaan yang diasaskan oleh Mooryati Soedibyo pada 1978 mencatatkan untung bersih sebanyak Rupiah 27.9 bilion (RM9.4 juta) pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 14.34 peratus berbanding Rupiah 24.4 bilion pada tahun 2010 (RM8.2 juta). - UTUSAN
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









