VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 21/06/2012

Nostalgia buku skrap

Pelbagai rekaan buku skrap yang cantik dihasilkan oleh Noorliza.

teringat saat bersaing bersama rakan-rakan dalam menyiapkan buku skrap ketika zaman sekolah sekolah menengah.

Ketika itu buku skrap yang paling kreatif dan cantik pastinya mendapat pujian rakan-rakan dan diberikan markah tinggi oleh cikgu.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa kerja-kerja menghasilkan buku skrap dianggap salah satu kerja seni yang sudah berabad lamanya dan mendapat perhatian terutama masyarakat di Barat.

Di sana album gambar, diari seharian atau buku-buku catatan yang berkonsepkan buku skrap cukup popular dan diminati.

Kerja-kerja seni tersebut turut menarik minta seorang wanita tempatan, Noorliza Yahya, 44, yang kini aktif menghasilkan pelbagai rekaan buku skrap mengikut kreativitinya.

"Pembabitan dalam kerja-kerja membuat buku skrap ini mulanya sekadar hobi dengan menghias gambar-gambar keluarga untuk kenang-kenangan di atas kertas skrap.

"Namun pada 2008 saya mula serius termasuk menerima tempahan daripada rakan-rakan yang berminat," ujarnya yang menganggap hobi membuat buku skrap itu masih baru di negara ini.

Lulusan seni bina dari Universiti Houston, Texas, Amerika Syarikat itu berkata, buku skrap bukan sekadar seni menghias yang memberi kepuasan mata yang memerhati, malah ia adalah seni 'menghidupkan' memori keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Buku skrap yang penuh dengan foto, nota kecil dan direka dengan begitu menarik dapat disimpan di untuk tatapan generasi akan datang.

"Bagaimanapun jangan salah tafsir mengenai seni ini. Ia bukan hanya untuk rekaan buku skrap semata-mata sebaliknya boleh digunakan secara kreatif untuk rekaan bingkai gambar, kad ucapan, cenderahati untuk hari perkahwinan dan sebagainya," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Malah tambah Noorliza , walaupun asal perkataan skrap ertinya bahan buangan (sisa) tetapi hobi membuat buku skrap bukan sekadar kegiatan menampal bahan sisa.

Ia merupakan seni menampal atas kertas, dan menghiasnya menjadi karya kreatif.

"Aktiviti ini diminati mereka yang teliti dan penyabar. Teknik untuk membuatnya juga mudah tetapi memerlukan kreativiti dan ketelitian," katanya yang pernah berkerja sebagai arkitek sebelum berhenti bagi menumpukan perhatian kepada rumah tangga..

Bagi memenuhi minatnya, Noorliza menjadikan salah satu sudut di rumahnya sebagai 'bengkel' tempatnya berkarya.

Sudut tersebut dipenuhi koleksi buku skrap yang disusun kemas dan memikat mata sesiapa saja yang memandangnya.

Seboleh-bolehnya, kata Noorliza, setiap hasil karyanya dapat mendamaikan jiwa mereka yang melihat atau memiliki buku skrap tersebut.

"Sebab itu saya banyak menggunakan warna-warna lembut dan konsep ala Inggeris.

"Saya tidak gemar menggunakan warna yang garang tetapi jika atas permintaan pelanggan saya akan mengikut cita rasa yang mereka inginkan.

"Saya juga menggunakan pelbagai medium seperti kain, butang, reben bunga, cop stamp dan aksesori-aksesori lain

"Jika ada lebihan kertas skrap yang tidak digunakan saya akan menyimpannya untuk digunakan semula pada rekaan yang lain. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan," ujarnya.," katanya.

Selain itu, Noorliza menjelaskan, pada era alam maya ini hasil kerjanya boleh dikongsi di blog-blog antarabangsa.

Justeru pada pandangannya, hobi tersebut dapat menjalinkan silaturahim dengan rakan-rakan di dalam dan luar negara.

"Sekarang ini pun buku skrap telah menemukan saya dengan ramai insan kreatif yang sehaluan, ceria dan berhati murni.

"Setiap bulan kami akan mengadakan temu janji sambil berkongsi dan bertukar-tukar hasil kreativiti masing-masing.

"Hasil kreatif yang ditukar suka sama suka dibuat di bawah program Artist Trading Card (ATC) dan projek round robin iaitu mengolah buku lama," katanya.

Noorlizah juga bersyukur kerana mendapat dorongan dan sokongan keluarga, terutama suami yang selalu memberi galakan untuk dia meneruskan lagi hobi itu.

Malah ketika cuti sekolah dia juga menjadi tenaga pengajar sambilan di Papier Love, di pusat beli-belah The Curve, Petaling Jaya untuk mengajar kelas manghasilkan buku skrap.

Sementara itu, bagi sesiapa yang berminat dengan hasil karyanya bolehlah layari di misscraftee.blogspot.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.