ARKIB : 21/06/2012
Wanita tipu pelaburan emas Internet dikehendaki
BATU PAHAT 20 Jun - Polis sedang memburu seorang wanita yang merupakan pengurus sebuah syarikat perunding bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan saham emas melibatkan penggunaan Internet.
Antara mereka yang menjadi mangsa ialah seorang ahli perniagaan lelaki dalam bidang pembekalan bahan binaan berusia 38 tahun yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM50,000.
Wanita tersebut, Rimaliza Mustafa, 28, beralamat di Klang, Selangor dipercayai menawarkan khidmat pelaburan tersebut di Internet dengan menggunakan alamat di Taman Seri Mahkota, Pahang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kes penipuan terhadap ahli perniagaan itu, mangsa melayari laman web syarikat tersebut pada Oktober lalu dan tertarik dengan tawaran disiarkan.
Beliau memberitahu, mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang tertera pada laman web dan berurusan dengan seorang wanita yang mendakwa dia adalah kakitangan syarikat itu.
Menurut Din, mangsa juga telah pergi ke pejabat syarikat itu pada 23 Disember lalu dan menandatangani perjanjian yang menyatakan dia akan menerima keuntungan sebanyak 15 peratus hasil pelaburan disertainya.
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan
Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis
Pemuda diserang mati dikelar
2 maut kereta bertembung van
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kes pukul penjaja
20 GRO jaja minuman keras ditahan
Dua sahabat maut dalam kemalangan kereta, van
Pemuda mati dikelar leher dalam pergaduhan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









