VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 21/06/2012

Spa kebanggaan Fauziah

USTAZ datanglah ke kedai saya yang baru. Sekarang saya sudah berpindah ke tempat lain." Saya menerima panggilan daripada Fauziah Masutan, 38, seorang usahawan wanita asnaf zakat yang mengusahakan perniagaan spa dan kecantikan.

Lantas, demi memenuhi tanggung jawab seorang amil bagi melihat sendiri kegigihan seorang asnaf zakat, saya menetapkan tarikh dan masa bagi mengunjungi premis baharu milik Fauziah.

Benar, spa dan pusat kecantikan yang dimilikinya kini jauh berubah wajah. Ia begitu berbeza dengan apa yang saya saksikan kira-kira tiga tahun lalu.

Apa yang lebih mengesankan, kehadiran saya disambut bukan sekadar dengan sebuah senyuman, tetapi juga dengan iringan alunan zikir dan bacaan al-Quran yang menenangkan perasaan.

Inilah spa Al-Khautsar milik Fauziah, yang dibangunkan demi mengetengahkan konsep spa Islam. Jarang bagi kita menikmati nuansa seperti ini. Aurat dan pergaulan dijaga, bahkan kala suami menghantar isteri mendapatkan rawatan, disediakan mini kafe dan bahan bacaan buat mengisi waktu terluang.

Sebenarnya, kisah kejayaan Fauziah membuka spa dan pusat kecantikan ini telah saya kongsikan, lewat ruangan Jejak Asnaf ini pada penghujung tahun 2009.

Namun, masa yang berlalu menyaksikan peningkatan kepada perniagaan yang diceburinya, juga kisah kegigihan setelah dilanda musibah. Ia sesuatu yang wajar dikongsi, demi memotivasikan orang lain mencipta kejayaan yang sama.

"Sebenarnya, saya berpindah ke sini ada kisahnya. Sewaktu berniaga di kedai lama, perniagaan saya maju dan berkembang. Saya dan anak-anak merancang membuka restoran di sebelah SPA berkenaan.

"Malangnya, saya ditimpa musibah. Habis segala kelengkapan di dalam kedai saya rosak, gara-gara paip pembentungan pecah. Memang jerih ustaz. Hampir putus semangat saya.

"Namun, saya tidak mahu mengaku kalah. Sekali saya melangkah, pantang undur apatah menyerah. Biarlah diuji, saya tahu Allah sentiasa akan membantu dan memberi, selagi saya terus gagah berlari.

"Bagi saya, selagi perniagaan itu halal, insya-Allah keberkatan akan tetap mengiringi. Maka, berbekalkan keazaman itulah, saya dan anak-anak sambil dibantu suami, membina kembali perniagaan ini di sini," kata Fauziah.

Sekilas buat mengenang kisah silam, lebih 18 tahun lalu, Fauziah hidup sebagai orang yang amat susah. Menyewa di rumah sewa yang murah, berjalan kaki kerana tidak mampu membayar tambang bas. Pernah merayu menangguh bayaran sewa dan banyak lagi kisah yang meruntun jiwa. Semuanya beliau lalui dengan sabar dan tabah.

Saya tidak akan melupakan cerita Fauziah: "Saya harus berjalan kaki pergi dan balik ke kedai makan sejauh empat kilometer dengan mengheret anak-anak, kerana untuk menaiki bas, kami tidak mampu membayar tambangnya. Setelah lama mengumpul duit, barulah saya mampu membeli basikal."

Siapa menduga, beliau yang pernah melalui garis-garis pedih kehidupan, berkahwin dan berpisah, membesarkan empat orang anak sendirian sebelum akhirnya mendirikan kembali sebuah perkahwinan yang kini berjaya.

Di celah-celah kegetiran itulah, berbekalkan bantuan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), beliau bertatih merencanakan takah-takah perubahan.

Pada tahun 2005, setelah berpindah dari Sungai Panjang ke Selayang, LZS berjaya mengesani kesungguhan beliau untuk berniaga, telah menawarkan bantuan modal perniagaan berjumlah lebih RM20,000.

Ternyata, bakat dan kebolehan mengurut anugerah Allah SWT kepadanya tidak dipersiakan. Bahkan, itulah yang menjadi tarikan ramai pengunjung ke kedainya, walaupun para pelanggannya hanya terbatas kepada kaum wanita sahaja.

Saya masih ingat, sekitar tahun 2008 dan 2009, kala itu di sebuah premis yang serba sederhana di Selayang, beliau bertatih membuka sebuah pusat kecantikan. Satu bidang yang amat jarang diceburi oleh asnaf zakat.

Itu kisah satu waktu dahulu, kerana pada hari ini beliau sudah mampu membuka sebuah pusat kecantikan yang lebih indah dan lengkap di Bandar Sri Gombak. Di sebuah kawasan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.

Apa yang lebih membanggakan, kini beliau bukan sekadar membuka Spa kecantikan yang bernuansakan Islam, bahkan Fauziah turut menerokai perniagaan kafetaria dan menubuhkan kelas pengajian Bahasa Arab dan al-Quran.

"Ini adalah cita-cita saya sejak sekian lama. Saya mahu mengajak masyarakat kenal Allah dan cintakan Islam. Jika selama ini, Spa sering dianggap tempat yang kurang baik, maka saya buktikan sebaliknya. Ia tergantung kepada cara kita mengolah spa itu sendiri sebenarnya.

"Bahkan, dengan tertubuhnya kafetaria ini, saya dan anak-anak dapat mengembangkan perniagaan. Bahkan, saya juga membuka kelas pengajian agama dan al-Quran dengan bantuan guru-guru agama bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Semua ini, mudah-mudahan menjadi bekalan buat saya ke akhirat," tuntas Fauziah penuh hormat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.