VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 21/06/2012

Dari ladang ke dapur

Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin bersama sebahagian sajian sihat dari DAS Kitchen.

sebulan lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan dan diikuti Aidilfitri selepas itu.

Lazimnya menjelang musim berpuasa dan raya, pelbagai juadah 'lazat' disediakan menerusi bazar ramadan dan tidak kurang juga di hotel-hotel terkemuka. Sayangnya juadah-juadah tersebut hanyalah 'perangkap' kandungan gula, lemak dan kalori tinggi.

Justeru, tidak hairanlah ramai anggota masyarakat mengeluh kerana berat badan meningkat meskipun dalam bulan puasa.

Bagi seorang pengamal perubatan, Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, masalah berkenaan dapat dielakkan sekiranya proses penyediaan makanan dibuat dengan meniktik-beratkan soal penggunaan bahan-bahan berkualiti penuh khasiat.

Menyedari hakikat terbabit, pengasas Dr. Aishah Solution Sdn. Bhd. (DAS) berjaya menghasilkan penyediaan makanan secara sihat, inovatif dan kreatif dari DAS Kitchen. Ini merupakan sebahagian daripada konsep pemakanan pintar yang diperkenalkan beliau.

Dr. Aishah, 61, berkata, DAS Kitchen merupakan pendekatan khusus kepada masyarakat yang mementingkan kecantikan dan kelangsingan tetapi pada masa sama tidak berkompromi dengan kesihatan yang baik.

"DAS Kitchen menyediakan bengkel penyediaan makanan yang menitikberatkan kesihatan dan mementingkan ciri-ciri kurang kalori, berkhasiat, mudah disediakan dan harga berpatutan," katanya.

Bengkel ini diadakan pada setiap hari Sabtu di premis Dr. Aishah Solution, No. 3 Kompleks Seri Temin, Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata, konsep masakan 'dari ladang ke dapur' menekankan lima kunci keselamatan penyediaan makanan iaitu kebersihan, pengasingan bahan mentah dan juadah yang telah dimasak, memasak dengan betul, makanan disimpan pada suhu selamat dan mengguna air serta bahan mentah yang bersih dan selamat.

"Menjelang Ramadan dan Syawal, DAS Kitchen memasarkan cookie dan biskut yang boleh dimakan tanpa rasa bersalah. Kesihatan adalah faktor utama kami. Anda boleh menikmati biskut dan cookies yang lazat, berkhasiat, rasa yang unik, berserat tinggi dan kurang kalori yang pasti menawan hati.

"Nikmatilah faedah kesihatan keledek Malaysia Vitato, matcha, putik bunga ros, rosel, goji berry, berbagai jenis kacang yang berkualiti tinggi, contoh pecan, walnut, biji labu, biji tembikai, biji bunga matahari, coklat gelap, bijirin berganda dan buah-buahan kering," katanya.

Di samping itu, beliau berkata, DAS Kitchen turut memperkenalkan matcha dalam masakan. Matcha ialah daun muda teh hijau premium yang dikisar menjadi serbuk halus secara tradisional. Ia sangat kaya dengan anti oksida, merangsangkan tenaga, membakar kalori, menyahkan toksin dengan berkesan dan mengandungi asid amino L-Theanine yang memberi rasa tenang. Keberkesanan matcha telah diuji melalui kaedah saintifik.

"Bahan matcha ini akan diadunkan bersama bijirin atau keledek untuk menghasilkan beberapa jenis biskut atau snek raya yang lazat. Di samping itu, ia juga amat sesuai diambil sebagai minuman smoothie, jeli dan puding dalam bulan puasa," katanya.

Antara resipi khusus yang dicipta menerusi DAS Kitchen adalah biskut Sweet Rosie, Rocky Matcha, Matcha QT, Gojilok, Lovely DASTO, MG Crunch dan Classic Cocoa. Biskut Lovely DASTO dibuat daripada keledek Vitato yang mempunyai kalori rendah dan boleh diambil oleh pengidap kencing manis.

"Dengan penyediaan juadah sihat itu, orang ramai tidak lagi perlu bimbang tentang masalah penambahan berat badan. Lebih penting lagi, menu yang dibawa DAS Kitchen pasti membuatkan anda cantik dan langsing menjelang Syawal," jelasnya.

Orang ramai yang berminat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DAS Kitchen atau produk berkaitan penyediaan makanan sihat, inovatif dan kreatif serta program Transformasi Diri Kekal Langsing lain boleh menghubungi talian 04-4212878 dan 04-4251262 atau melayari laman facebook/draishahsolution.

Dr. Aishah Solution juga menawarkan Pakej Pelangsingan Istimewa Ramadan-Syawal Formula FAR yang membantu menurunkan berat badan sehingga dua kilogram seminggu secara saintifik, sihat, senang dan selamat. Di samping itu, Dr. Aishah turut menyediakan Bengkel Rahsia Langsing Berkesan dan Demonstrasi Masakan dari semasa ke semasa.

Dalam tempoh terdekat, bengkel tersebut akan diadakan di Hotel De Palma Shah Alam pada 30 Jun ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.