VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 20/06/2012

Itali mara, Balotteli hampir serang Prandelli

Gambar yang menunjukkan pemain pertahanan Itali, Leonardo Bonucci (kanan) menghalang Mario Balotelli yang meluru ke arah jurulatih Azzurri, Cesare Prandelli selepas pemain itu menjaringkan gol kedua Itali ketika menentang Republik Ireland pada Euro 2012 di Poznan, semalam. - AFP

POZNAN - Mario Balotelli mempamerkan sentuhan magis bagi membantu pasukan Itali menempah tiket ke suku akhir, semalam.

Penyerang Manchester City yang tidak lekang daripada kontroversi itu bermula di bangku simpanan Azzurri, tetapi apabila dibawa masuk sebagai pemain gantian, dia membuktikan kesungguhannya mendapatkan mata buat Itali.

Sewaktu Itali mendapat sepakan sudut pada minit ke-90, Balotteli menyempurnakannya dengan mudah.

John O’Shea mengawal ketat Balotelli apabila menolak belakangnya dan memegang jersi pemain itu, tetapi itu tidak cukup untuk menghentikan pemain yang digelar Super Mario daripada meledakkan jaringan.

Hampir tersungkur dan dengan membelakangkan pintu gol, Balotelli menyempurnakan sepakan voli untuk menewaskan penjaga gol, Shay Given.

Sudah tentu bukan Balotelli namanya jika tiada susulan insiden dramatik.

Pemain itu meraikan jaringan dengan kepalanya menunduk ke bawah, mengingatkan kembali kepada memori musim lepas di mana Balotelli memakai baju-T yang tertera tulisan “Mengapa selalu saya?".

Namun secara tiba-tiba dia naik berang dan bersedia untuk melancarkan perang mulut apabila berjalan menuju ke arah jurulatih Cesare Prandelli.

Namun, rakan sepasukannya, Leonardo Bonucci yang pantas dapat menangkap tindak-tanduk bintang muda itu segera menutup mulut Balotelli dengan tangannya.

Terdapat tiga pemain yang berusaha untuk menenangkan Balotelli daripada terus meluru ke arah jurulatih.

Malah ketika wisel penamat dibunyikan, Gianluigi Buffon dapat menghidu masalah yang bakal timbul sewaktu dia melihat Balotelli berjalan ke arah bangku simpanan.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu dengan pantas menahan penyerang tersebut dan segera memeluk pemain berusia 21 tahun yang terkenal dengan sikap panas barannya. Buffon kemudian kelihatan menasihatkan pemain muda itu.

Menyaksikan insiden tersebut, satu kesimpulan boleh dibuat ke atas Balotelli. Dia memiliki segala kemahiran terbaik di dunia, tetapi gemar meletakkan dirinya dalam kesukaran.

Permainan yang kurang menyerlah pada dua perlawanan pertama, memberi alasan kukuh untuk meletakkan pemain itu di bangku simpanan pada perlawanan ketiga.

Dia dibawa keluar pada minit ke-56 sewaktu menentang Sepanyol dan minit ke-69 ketika bertemu Croatia.

Pemain itu juga mengalami masalah pada lututnya.

Namun dia masih berasakan dirinya tidak dilayan secara adil apabila diletakkan di bangku simpanan dan hanya di bawa masuk pada minit ke-74.

Prandelli berkata Balotelli perlu memupuk semangat berpasukan berbanding memikirkan dirinya sendiri. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.