ARKIB : 20/06/2012
Pelajar SMK Sultan Tajul Ariffin juara pertandingan video 'ICT Duniaku 2012'
IPOH 19 Jun - Lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin, Manong yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Semesta Studio diumumkan sebagai juara pertandingan video 'ICT Duniaku 2012' yang julung kali dianjurkan oleh KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak).
Pelajar tingkatan tiga dan empat sekolah luar bandar itu berjaya menewaskan 234 penyertaan lain melibatkan 40 buah sekolah menengah di negeri ini, sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000.
Selain diberikan sijil penghargaan, pihak sekolah tersebut turut dianugerahkan wang tunai sebanyak RM5,000.
Ketua kumpulan berkenaan, Ahmad Syafiq Zulkafli, 16, berkata, idea menghasilkan video tiga minit bertemakan Sekolah Saya itu tercetus selepas memerhatikan kehidupan rakan mereka yang juga merupakan pelajar Orang Asli.
"Video tersebut mengisahkan seorang pelajar, Ngah Saninas yang telah mengabaikan rakan-rakannya kerana terlalu hanyut dengan laman media sosial selepas menerima komputer riba 1Malaysia.
"Namun, selepas komputer riba itu pecah dalam satu kemalangan, dia menyesali kesilapannya dan mula menyedari erti persahabatan sebenar," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi Maklumat Komunikasi, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Saidon Puteh.
Sementara itu, Mohamad Zahir berkata, pertandingan tersebut antara lain bertujuan merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar di negeri ini.
Selain mampu mencungkil bakat dalam kalangan pelajar, beliau berkata, ia juga bakal dijadikan pertandingan pada setiap tahun.
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Peluang lepasan SPM, STPM lanjut pelajaran ke IPMa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









