ARKIB : 20/06/2012
Rekaan terbaru CJ Print untuk Amir dan Wani
AMIR Hashim dan Norsyazwani Md Johari rambang mata memilih mana satu kad jemputan untuk diberi kepada tetamu majlis perkahwinan mereka nanti.
Manakan tidak, semua kad yang ada di CJPrint memang cantik-cantik belaka. Ada bermacam jenis, corak, warna, teknik kemasan dengan penggunaan reben comel hingga tak mampu hati menidakkan kecantikannya.
Malah dek kerana kecantikan kad tersebut tidak keterlaluan mengatakan ia juga layak dijadikan salah satu cenderamata kepada tetamu yang diraikan.
Tapi ada yang lebih mengujakan untuk mereka.
Bakal pengantin baru yang juga pemenang tempat kelima Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia Musim Ke-3 ini, sebenarnya tidak tahu bahawa ada kejutan dari CJPrint khas untuk mereka.
Wakil CJPrint, Noor Azian Ahmad berkata, untung bagi Amir dan Norsyazwani kerana CJPrint akan memberikan rekaan terbaru untuk mereka.
"Disebabkan kami mempunyai banyak masa sebelum majlis perkahwinan mereka pada Julai nanti, jadi kami akan memberikan beberapa pilihan rekaan buat mereka.
"Nanti mereka boleh memilih dan kami akan hasilkan mock up kad sebelum mencetak kad undangan mereka sebanyak 500 keping," ujar Noor Azian.
Dalam pada itu, Amir dan Norsyazwani berkata, mereka menyerahkan sepenuhnya kepada pihak CJ Print kerana yakin dengan pilihan 'pakar' kad tersebut.
Noor Azian menambah, Amir dan Norsyazwani akan ditaja kad yang berharga RM3 setiap satu yang mana kad yang dihasilkan memang cantik dan mempunyai kemasan yang menarik.
"Bukan hanya kad, sampul kad juga menarik dan bermotif. Kalau dulu untuk pemenang sebelum ini masa yang kami ada agak suntuk, jadi kami hanya mampu memberikan pilihan terhad untuk mereka. Bagaimanapun kad mereka masih pilihan yang terbaru," tambah Noor Azian.
CJ Print yang beroperasi di Pusat Membeli Belah Pandan Kapitol di Pandan Indah, Ampang Selangor, merupakan penaja kad kahwin bagi kelima-lima pemenang Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musiam Ke-3,
Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan kad boleh hubungi Salehudin di talian 013-340 3255.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









