VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 20/06/2012

Rona Jingga sandaran Faridah

Pilihan pakaian untuk muslimah seperti jubah dan tudung lebih pelbagai serta eksklusif bagi memenuhi cita rasa pelanggan.

PENGALAMAN selama 17 tahun dalam bidang rekaan permaidani, ditambah dengan ilmu di peringkat tinggi, kebolehan serta bakat menjadi 'rencah' yang cukup sempurna bagi Faridah Zakaria mewujudkan butik Rona Jingga.

Perniagaan yang berkonsepkan rekaan busana untuk muslimah ini mengambil tempat di Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur, satu lokasi tumpuan untuk penggemar fesyen tanah air bertaraf adi busana.

Faridah yang ditemui di butiknya berkata, Rona Jingga merupakan jenama fesyen yang meletakkan kualiti sebagai teras utama.

"Label ini mempertaruhkan rekaan yang berbeza, unik dan menarik. Koleksi busana yang saya hasilkan mampu memenuhi cita rasa setiap pelanggan.

"Apa yang ditawarkan di sini ialah barisan produk yang merangkumi keseluruhan keperluan pakaian harian muslimah, daripada bersantai hinggalah ke majlis eksklusif dan pejabat.

"Di sini, pelanggan mudah membuat pilihan selari dengan cita rasa mereka di bawah satu bumbung," jelas lulusan Sarjana Fesyen dan Rekaan Tekstil dari University De Mountfort, Leicester, United Kingdom ini.

Menurut Faridah, prinsip asas rekaan busana Rona Jingga bukan sekadar pakaian muslimah biasa, malah dia mencari sesuatu yang lebih inovatif.

"Semuanya saya reka sendiri, blaus yang dijual di sini juga tidak mahal, yang utama kami menggunakan kualiti tinggi dan fabriknya pula dari Jepun.

"Apabila saya menggunakan label pereka muslimah apa yang diutamakan di sini adalah semua rekaan praktikal untuk muslimah.

"Jubah yang ditawarkan misalnya bukan hanya boleh dipakai ke pejabat, malah boleh digayakan pada acara eksklusif termasuk majlis pertunangan atau nikah.

"Rona Jingga juga menawarkan pelbagai pilihan aksesori seperti rantai, cincin tudung yang boleh disuai-padan dengan busana yang dipilih.

"Saya turut menghasilkan rekaan baru sebanyak dua hingga tiga rekaan setiap bulan.

"Untuk koleksi umrah misalnya, saya banyak melalukan penyelidikan berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan yang pernah menunaikan ibadat umrah dan apa keperluan mereka.

"Sebab itu koleksi kami lengkap dengan zip tersorok yang membolehkan si pemakai menyimpan barang peribadi dengan selamat semasa menunaikan Umrah. Malah koleksi Umrah ini juga boleh diulang pakai di Malaysia kerana rekaan dan potongannya menarik dan ringkas," jelas Faridah yang pernah merangkul berbagai anugerah dalam pertandingan rekaan fesyen tempatan.

Antaranya, naib johan pertandingan rekaan berasaskan batik anjuran Batik Malaysia Berhad dan johan pertandingan Malam Busana MODA 1992 dalam pentas mencungkil bakat muda.

Selain itu Faridah juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan pereka muda ASEAN sempena Minggu Fesyen Singapura pada tahun 1992.

"Alhamdulillah dengan pengalaman sebagai pereka permaidani dan pertandingan yang pernah diceburi, saya yakin dengan kemampuan butik ini untuk lebih maju.

"Walaupun baru bermula Mac tahun ini, kami bergerak secara agresif sehingga mampu membuka dua cawangan iaitu di The Mines, Seri Kembangan, Serdang dan Wisma Triways Taman Tun Dr. Ismail. Saya juga menyasarkan dalam tahun ini kami akan membuka sekurang-kurangnya lima cawangan baru.

"Saya amat mengalu-alukan ejen, sekutu perniagaan untuk bekerjasama. Kini kami juga akan menemui pelanggan secara dalam talian sebelum Aidilfitri tahun ini. Untuk maklumat lanjut tentang peluang perniagaan sila hubungi 019-2685567," ujar Faridah mengakhiri bicara.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.