ARKIB : 20/06/2012
Capai piawaian antarabangsa
KUALA LUMPUR 19 Jun - Syarikat-syarikat tempatan perlu bersedia dan meningkatkan kemampuan nilai tambah pengeluaran serta perkhidmatan dalam usaha mencapai piawaian antarabangsa.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Phang Ah Tong berkata, ia merupakan langkah untuk menembusi pasaran global terutama dalam bidang penyumberan luar.
"Rangkaian bekalan pelbagai industri di Asia lebih bersepadu berbanding Amerika Syarikat (AS) atau zon Eropah, ia menjadi faktor utama bagi kebanyakan syarikat multinasional (MNC) mengalih pandangan mereka ke rantau ini.
"Rantau Asia juga menawarkan kos pengeluaran lebih rendah selain perkembangan pasaran yang positif, oleh itu, syarikat-syarikat tempatan perlu mengambil manfaat ini dan turut serta meluaskan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan ucapan Pengerusi MIDA, Tan Sri Amirsham A. Aziz pada Seminar dan Program Sesi Rangkaian Perniagaan anjuran MIDA yang bertemakan 'Peluang Penyumberan Luar dalam Industri Berteknologi Tinggi' di sini hari ini.
Tambah Ah Tong, selain bersedia, syarikat tempatan juga harus memiliki teknologi bagi meningkatkan nilai dengan menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk industri berteknologi tinggi seperti peralatan perubatan, minyak dan gas, industri tenaga boleh diperbaharui (RE) dan lain-lain lagi.
''Bagi pihak kerajaan, langkah pemasaran agresif untuk menarik minat industri berteknologi tinggi kerana ia menawarkan peluang penyumberan luar yang tinggi untuk syarikat tempatan dan luar negara.
''Syarikat-syarikat luar yang berminat untuk terlibat dengan penyumberan luar di Malaysia juga digalakkan untuk melihat negara-negara di rantau ASEAN,'' jelasnya.
Pada tahun 2010, penyumberan luar melepasi sempadan telah merekodkan jualan sebanyak AS$2 trilion (RM6.4 trilion) dengan kontrak penyumberan luar pembuatan dan perkhidmatan bernilai AS$1.3 trilion (RM4.16 trilion).
Dalam perkembangan lain, MIDA menyasarkan unjuran lebih tinggi bagi pelaburan sektor pembuatan melebihi RM56.1 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.
MDeC sasar perolehan RM3 biion daripada syarikat status MSC
Boeing 747-8 Intercontinental selesai ujian penerbangan pertama
Harga saham KLCI meningkat tertinggi pagi, susut tengah hari
Kontrak hadapan KLCI didagang tinggi tengah hari
Pelaburan KWSP RM3.91b
Pertumbuhan MSC masih berterusan
Delegasi Malaysia ke AS jana projek RM5.5b
Asian Pac bangun projek RM380j di Kepong
AmInvest yakin produk Flexi 3
Scania jangka pasaran tahun ini meningkat
Jeruk Pak Ali ke Madinah
Ekonomi negara dijangka terus kukuh - Abdul Wahid
OCBC semak semula KDNK kepada 5 peratus
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang maju
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









