ARKIB : 20/06/2012
Belia digalak sertai bidang pertanian
TANJONG KARANG 19 Jun - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus mempergiatkan usaha mengurangkan penghijrahan belia dari luar bandar ke kawasan bandar dengan melibatkan golongan tersebut dalam sektor pertanian.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk mempromosikan bidang pertanian sebagai salah satu cabang kerjaya.
"Kementerian akan mengetengahkan beberapa usahawan berjaya dalam bidang pertanian supaya mereka dapat menjadi contoh ikutan kepada generasi muda yang berminat menceburi bidang itu.
"Pelbagai kemudahan juga disediakan antaranya memastikan hasil pertanian mereka dapat dijual sekali gus memberikan keuntungan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang memproses makanan di Kampung Sungai Yu, di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Tanjong Karang, Muhamad Ghazali Muhamad Taib.
Kajian kelestarian sawit
Jihad ekonomi
Ayam hibrid
Latihan kemahiran pertanian
Ternakan ayam tertutup
Agrochallenge rentas benua
Manisan penyeri majlis perkahwinan
Sokongan kerajaan tingkat kualiti IGrow
iGROW tawar SKM pertanian
Transformasi industri getah
Pengurus jadi penternak Lembu
Tinggalkan kerjaya sebagai kontraktor
Jaminan jadi usahawan
Menerajui sektor pertanian Kedah
Vitato ganti gandum
Pemuliharaan pokok nadir
Khasiat jambu batu
Nelayan jadi tauke
Makanan ikan daripada rumpai laut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









