ARKIB : 18/06/2012
Mendalami bahasa Perancis melalui aktiviti kesenian, masakan di Australia
SERAMAI 13 pelajar dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, Kuala Lumpur dan SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan baru-baru ini telah berpeluang ke Maison de St. Claire di New South Wales, Australia bagi menghadiri Program Antarabangsa Immersi Bahasa Perancis.
Guru pengiring delegasi, Gan Geok Choo berkata, para pelajar yang terlibat pada program selama lapan hari itu perlu mengikuti kelas bahasa Perancis selama tiga jam setiap hari sepanjang berlangsungnya program berkenaan.
"Mereka juga mempelajari bahasa Perancis melalui pelbagai jenis aktiviti seperti karaoke, tayangan filem Perancis, permainan tradisional Pétanque dan memasak masakan Perancis," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Delegasi Malaysia turut disertai seorang lagi guru pengiring iaitu Deng Sook Sueng.
Selain mengikuti aktiviti dalam kelas, para peserta turut berpeluang merasa sajian makanan ala Perancis antaranya Ratatouille, Daube Provençale, Crème Caramel dan pelbagai juadah lain.
Menurut Geok Choo, delegasi Malaysia juga dikehendaki menulis karangan bahasa Perancis pada setiap petang bertujuan memperkukuhkan penulisan dan pemahaman mereka dalam bahasa tersebut.
"Di dalam kelas, peserta rombongan didedahkan kepada empat kemahiran bagi peperiksaan antarabangsa Diplôme d'Études en Langue Française (DELF), iaitu yang pertamanya Compréhension de l'oral, Production Écrite, Production Orale dan Compréhension des Écrits.
"Mereka juga berpeluang bertutur bahasa Perancis dengan penutur jati iaitu Gilles André Berger yang merupakan pemilik Maison de St. Claire," ujarnya.
Selain menghadiri kelas, para peserta turut mengadakan lawatan ke Wildlife Currumbin Sanctuary dan berkesempatan untuk memberi makanan kepada kanggaru serta melihat persembahan tarian tradisional Orang Asli Australia.
Peserta rombongan seterusnya bertolak ke Pantai Currumbin untuk menikmati hidangan barbeque sambil beramah mesra bersama Gilles dan isterinya, Zarina Ahmad yang merupakan bekas pelajar SMS Selangor.
"Rata-rata peserta berpendapat bahawa program ini banyak memberi manfaat kepada mereka yang ingin mempelajari bahasa Perancis.
"Program ini juga dilihat dapat melatih peserta dari dua buah sekolah itu untuk meningkatkan lagi penggunaan bahasa Perancis dalam aktiviti harian mereka," jelasnya.
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









