ARKIB : 18/06/2012
Pelajar cemerlang PMR, SPM, STPM dirai
Seramai 35 pelajar cemerlang dan tiga buah sekolah dipilih untuk menerima Anugerah Brand's Smart Achievers kali keenam anjuran Cerebos Malaysia di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang berkata, sejak program tersebut diperkenalkan pada 2006, Brand's telah mengiktiraf lebih daripada 120 pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dengan sumbangan wang tunai keseluruhannya berjumlah RM110,500.
"Sambutan yang diterima semakin menggalakkan dan penglibatan pelajar makin meningkat dari seluruh negara setiap tahun.
"Ramai juga di kalangan penerima anugerah cemerlang peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) kembali untuk mengambil bahagian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini," katanya.
Brand's Smart Achievers menganugerahkan hadiah berupa wang tunai kepada pelajar cemerlang PMR sebanyak RM500, pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebanyak RM1,000 manakala pelajar yang menduduki peperiksaan di institusi pengajian tinggi sebanyak RM1,500.
Menurut Joo Siang, tahun ini menyaksikan satu lagi kategori baru diperkenalkan iaitu anugerah Brand's Smart School yang memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai penyertaan terbanyak dari kalangan pelajarnya.
"Pemenang tempat pertama kategori ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 yang dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tronoh, Perak.
"Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik Petaling Jaya yang menerima hadiah tunai RM2,000.
"Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Sekolah Tinggi Perempuan (Cina) Pulau Pinang yang membawa pulang RM1,000," ujarnya.
Beliau memberitahu, keberkesanan SariPati Ayam Brand's meningkatkan prestasi mental terbukti secara saintifik dan disokong oleh kajian penyelidikan selama lebih 20 tahun.
"Kami berasa amat bangga kerana Brand's telah menjadi sebahagian daripada kehidupan para pelajar ini dan membantu mereka untuk mencapai kecemerlangan yang dikecapi," ujarnya lagi.
Joo Siang memberitahu, rahsia di sebalik kejayaan pelajar cemerlang anugerah ini ialah SariPati Ayam Brand's yang mengandungi bahan peptida bioaktif ProBeptigen® dan Carnosine.
"Berdasarkan kajian, dengan pengambilan SariPati Ayam Brand's secara harian, prestasi kognitif akan meningkat terutamanya ketika menghadapi tekanan kerja.
"Sebagai khasiat tambahan untuk menjaga kesihatan otak, SariPati Ayam Brand's terbukti mampu meningkatkan kecerdasan dan daya tumpuan minda terutamanya apabila menghadapi tugasan atau semasa membuat persediaan untuk peperiksaan," katanya lagi.
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









