ARKIB : 17/06/2012
England hantar Sweden pulang
KIEV - Barisan pemain muda berbakat England bukan sahaja mempamerkan mutu permainan menghiburkan untuk menyingkirkan Sweden, malah menimbulkan harapan dalam diri Roy Hodgson yang Three Lions memiliki masa depan cerah.
Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott adalah antara mereka daripada generasi baru yang menunjukkan kematangan untuk membantu England yang suatu ketika ketinggalan sebelum mencatat kemenangan 3-2 semalam.
Walcott yang dipanggil mengejut untuk menganggotai skuad Piala Dunia 2006 tetapi digugurkan pada temasya berikutnya dua tahun lalu, akhirnya membuktikan diri sebagai pemain yang boleh diharap pada sesuatu kejohanan utama, pada usia 23 tahun.
Masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua, dia meledak jaringan penyamaan sebelum melakukan umpanan yang disudahkan rakan sepasukan, Danny Welbeck yang baru berusia 21 tahun, untuk gol kemenangan England.
England terlebih dahulu di depan menerusi tandukan penyerang tinggi lampai berusia 23 tahun, Andy Caroll tetapi Sweden yang dipimpin Zlatan Ibrahimovich mencemaskan skuad kendalian Hodgson dengan dua gol berikutnya.
Kecemerlangan sekumpulan bintang muda itu sekali gus menutup cerita lama yang selama ini membelenggu rentak persembahan hambar skuad England iaitu kegugupan barisan pertahanan, hilang penguasaan bola dengan mudah serta sentiasa dibayangi musuh ranking bawahan, Sweden.
“Semua pasukan perlu mengetahui bahawa sekalipun jika mereka mempunyai generasi baru pemain yang cemerlang, akan berlaku satu proses di mana mereka ini menggantikan generasi terdahulu secara berperingkat, bermula dengan memberi tekanan kepada pemain berpengalaman yang dalam skuad untuk sekian lama
“Pasukan Sweden perlu melalui proses itu juga. Melihat kepada kesebelasan utama yang diturunkan malam ini, terdapat begitu ramai pemain yang berkhidmat lebih 10 tahun dan meraih lebih 100 cap," kata Hodgson.
Walcott gagal menjaringkan sebarang gol untuk England sejak meledak hatrik hampir empat tahun lalu pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Croatia.
Namun, di Kiev, Walcott memerlukan hanya tiga minit untuk mencipta impak selepas turun ke padang menggantikan James Milner pada minit ke-60.
Bercakap mengenai persembahannya, Walcott berkata: “Di bangku simpanan, kamu harus bersedia untuk diturunkan bila-bila. Secara jujur, saya sendiri juga terkejut (dengan gol saya)." - Agensi
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










