VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 17/06/2012

Menara Skytree kebanggaan rakyat Jepun

Pembinaan menara Skytree menjadi lambang kuasa dan kebangkitan semula Jepun daripada bencana berkembar gempa bumi dan tsunami Mac tahun lalu. - Agensi

JIKA binaan tinggi pada zaman purba dicipta untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, kini manusia menjadikan struktur yang sama sebagai lambang kuasa.

Maka tidak hairanlah, apabila manusia di zaman ini berlumba-lumba mencipta struktur sedemikian bagi membuktikan kehebatan dan menonjolkannya sebagai simbol kekuasaan mereka.

Kewujudan menara Skytree di tengah-tengah kota raya Jepun misalnya adalah contoh terbaik bagaimana ketinggian sesebuah bangunan mempamerkan kuasa.

Tarikh 22 Mei 2012 melakar sejarah baru menerusi perasmian menara Skytree di Tokyo, Jepun yang menjadi binaan kedua tertinggi pernah didirikan di atas muka bumi.

Walaupun siap lewat dua bulan daripada jadual asal ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda negara ini pada Mac tahun lalu, ia kini menjadi kebanggaan rakyat negara itu dan diiktiraf sebagai struktur kedua tertinggi selepas Burj Khalifa di Dubai.

Walaupun begitu, bagi kategori menara, Skytree kini berada di tempat pertama dunia dengan ketinggian 634 meter, memintas banyak menara lain antaranya menara Canton di Guangzhou (600 meter) dan menara Canadan National di Kanada (553 meter).

Ketinggian menara Skytree adalah dua kali lebih berbanding menara Eiffel di Paris.

Skytree yang bermakna Pohon Langit Tokyo dibina dengan kos sebanyak AS$806 juta (RM2.4 bilion), tidak termasuk kelengkapan telekomunikasi dan menggunakan hampir 580,000 tenaga kerja dalam proses pembinaannya.

Daya tarikan utama menara berbentuk jarum ini adalah dua struktur berbezanya iaitu pada aras ketinggian 350 meter dan 450 meter.

Ia juga menjadi daya tarikan baru kepada masyarakat dunia untuk mengenali Jepun.

Bukan sekadar menara biasa, menara Skytree juga menempatkan sembilan pejabat syarikat komunikasi, stesen radio serta saluran penyiar terkemuka Jepun iaitu NHK General TV, NHK Education TV, Nippon TV, Tv Asahi, TBS, TV Tokyo, Fuji TV dan Tokyo Metropolitan Television.

Lebih menarik, menara tersebut turut dilengkapi restoran dan balai cerapan.

Sebagai struktur binaan terhebat masa kini, pembinaan menara Skytree merampas dan mencipta 15 rekod dunia termasuk pencapaian paling hebat dalam sejarah pembinaan bangunan moden.

Ia diakui apabila berjaya mencipta kelainan daripada bangunan lain antaranya dilengkapi sistem yang mampu mengesan gempa bumi dan tahan gegaran.

Melihat pula reka bentuknya yang unik, menara Skytree menggambarkan tradisi yang ada di negara yang terkenal dengan penemuan teknologi baru itu, yang dibina berdasarkan gabungan futuristik dan keindahan tradisional Jepun.

Tapaknya yang berbentuk seperti tripod juga dilihat berbeza dengan menara lain yang ada di seluruh dunia.

Menara Skytree menjadi pelengkap kepada simbol kebangkitan baru terutama di bumi Jepun yang dilihat kian berani untuk mencipta sesuatu yang tidak pernah disangka oleh dunia.

Selain mewakili satu tamadun yang kembali bangkit, kewujudan menara Skytree juga menjadi petanda penting kepada kebangkitan Jepun dalam mewarnai kemajuan dan keajaiban dunia.

Tidak hairanlah, Jepun adalah negara yang sentiasa diintai segenap lapisan masyarakat di dunia untuk mempelajari formula kejayaannya selama ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.