ARKIB : 17/06/2012
Bawa diri ke Amsterdam
SAYA pernah cakap pada Almy Nadi, lepas menang sahaja anugerah kita kahwin. Seingat saya dalam tiga tahun lepas saya sudah beritahu dia perkara itu. Bila saya buka mulut tentang hal mahu melamar dia, lain pula kenyataan yang keluar daripada mulutnya," kata Fizz Fairuz ketika diminta mengulas isu yang melanda dirinya.
Bagi pelakon yang cukup berbakat itu, tidak ada perkara yang perlu disembunyikan memandangkan apa yang diberitahu sebelum ini sudah jelas. Dia sudah menjelaskan perkara sebenar tentang hal itu biarpun ada yang beranggapan hubungan mereka sudah retak menanti belah.
Oleh kerana perkara berkenaan bukan keluar daripada mulutnya, Fizz lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang ulasan tentang perancangan perkahwinannya.
Katanya, lebih elok jika perkara berkenaan ditanya kepada Almy sendiri memandangkan dia yang membuka mulut terlebih dahulu.
"Kami berkawan sudah enam tahun. Mungkin tempoh masa yang terlalu lama buat dia bosan. Tapi percayalah saya masih ada menyimpan niat untuk berkahwin dengannya. Tak tahu pula macam-macam dugaan yang datang bila sebut sahaja hal nak kahwin ini.
"Kalau tanya saya tertekan atau tidak, jawapannya memang sangat tertekan dengan perkara ini. Bila kita nak kahwin sahaja macam-macam tawaran yang datang dan macam-macam hal yang perlu didahulukan.
"Nak tak nak kenalah kita bersabar sikit dan jangan cepat melatah. Kalau cepat melatah macam inilah jadinya. Kena usik sikit terus keluar macam-macam kenyataan yang kurang enak.
"Tapi percayalah, saya tak ambil 'pot' langsung dengan hal berkenaan. Hubungan saya dan Almy pun tak ada apa-apa masalah dan saya pinta agar jodoh kami cepat sampai," kata Fizz ketika ditemui baru-baru ini.
Menafikan yang dirinya sudah berubah selepas memenangi satu anugerah baru-baru ini, Fizz menegaskan dia masih seperti dulu dan tidak ada apa-apa yang mampu mengubah prinsip hidupnya sama seperti kali pertama dia bergelar anak seni.
Enggan melayan cerita-cerita berbaur peribadi, Fizz mahu fokus kepada lakonan memandangkan lima buah filem baru akan ditayangkan tidak lama lagi.
Bagi Tasha Shila, dia tidak mahu terus memanjangkan perkara berkenaan memandangkan antara dia dan Neelofa masing-masing ada hak untuk menyuarakan pendapat asalkan tidak melampaui batas.
"Selepas kenyataan yang keluar dalam sebuah surat khabar beberapa minggu lalu, saya masih lagi belum berjumpa dengan dia. Saya pun tak mahu terus bermusuh sesama sendiri apatah lagi kalau hal ini merupakan perkara yang kecil dan tak patut dipanjangkan.
"Kalau boleh saya mahu hal ini senyap dan tak diungkit lagi. Tapi kalau ada yang baca kenyataan dia dalam majalah Hai, tentu ada yang terkejut. Saya kecewa membacanya tapi malas nak memperbesarkan perkara itu.
"Pada saya semua yang masuk ke dalam pencalonan lima terbaik itu dah cukup baik. Cuma yang membezakan kami berlima adalah rezeki masing-masing. Dah rezeki saya, maka sayalah yang dapat," kata Tasha lagi.
Tidak mahu terus dihantui perkara berkenaan, Tasha tekad untuk memberikan sepenuh komitmen dan fokus kepada kerjaya lakonan yang semakin meningkat naik.
Akuinya lagi, tawaran berlakon semakin banyak diterima selepas kemenangannya sebagai artis baru terbaik pada April lalu termasuklah membintangi drama bersiri Rania Si Puteri Duyung yang sedang dalam penggambaran.
Acara yang julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran AirFrance KLM yang juga merupakan antara syarikat penerbangan terkemuka di dunia yang sudahpun terbang ke Kuala Lumpur sejak 53 tahun yang lalu.
Menurut Estee Ng yang juga merupakan Pengurus AirFrance KLM di Malaysia, peminat tidak perlu risau kerana KLM akan menyediakan makanan halal untuk mereka sama ada di dalam kapal terbang mahupun ketika menjelajah ke Amsterdam nanti.
"Kami hanya mahu menjemput 30 orang peminat bertuah untuk menyertai percutian ini. Kita sudahpun menyediakan atur cara sepanjang berada di sana. Inilah masa untuk mereka melihat pertunjukkan Ekspo Hortikultur Dunia Floriade yang diadakan sekali dalam sepuluh tahun.
"Dalam ekspo berkenaan, mereka akan melihat pameran bunga selain dapat melawat beberapa tempat menarik seperti The Hague, Floriade, Brussels, Velno serta berkunjung ke Belgium yang cukup hampir dengan Amsterdam," katanya lagi.
Bagi peminat yang ingin turut serta dalam penjelajahan eksklusif bermula 10 hingga 17 September ini, harga untuk seorang antara RM8,830 dan RM10,507 mengikut pilihan sendiri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut lagi, pembaca boleh menghubungi 011-1232 8162 atau e-mel kepada sales.malaysia@klm.com.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









