ARKIB : 17/06/2012
Pencarian iamNeeta
GABUNGAN idea tiga anak muda ini menjadikan single pertama yang semakin mendapat tempat di kalangan stesen radio tanah air berjudul Tuhan Tolonglah Aku begitu bertenaga sekali. Ternyata langkah mereka untuk menjadi salah satu daripada band pop rock tanah air tidak sia-sia kerana lagu berkenaan sudah mula mendapat perhatian dari kalangan peminat seni suara. Jadi tidak hairanlah jika kumpulan iamNeeta bakal terkenal dan bertahan seperti Hujan atau Bunkface satu hari nanti.
Biarpun iamNeeta yang terdiri daripada Neeta, 18, Anas, 19, dan Pattrick, 26, baru memulakan perjalanan seni mereka, tapi mereka sebulat suara untuk menghasilkan lebih banyak karya bermutu.
Tiga lagu lagi yang bakal diperdengarkan kepada khalayak iaitu Terima Kasih, Jatuh Cinta dan Marry Me menjadi taruhan mereka.
"Tuhan Tolong Aku adalah bahan eksperimen terindah buat kami bertiga. Tak sangka pula ramai yang suka dengan lagu itu dan kerap dimainkan di radio walaupun baru diperkenalkan sekitar dua minggu lalu," kata Neeta selaku vokalis.
Ditanya tentang keunikan iamNeeta berbanding kumpulan sedia ada, Pattrick yang juga gitaris dalam kumpulan itu ada huraiannya.
Kata Pattrick: "Mungkin kami bertiga berlainan latar belakang dan agama, tapi dalam muzik, kami boleh bersatu. Saya dari Sabah, Neeta (Sungai Petani) dan Anas (Kuala Lumpur) dan ada keinginan dalam bidang muzik. Jadi dalam penghasilan lagu, masing-masing serius nak bagi idea dan tambah baik nilai."
Ditanya bagaimana pihak NAR Records boleh mengesan bakat mereka, Anas yang bermain basis memberitahu mereka bertiga menyanyikan lagu cover Dan Sebenarnya, nyanyian asal Yuna dan Rolling In The Deep (Adele) di Youtube.
"Di situlah pihak NAR Records mengesan bakat kami. Dan kami juga berharap agar semua orang dapat menyokong kami sepenuhnya," katanya mengakhiri perbicaraan petang Ahad lalu.
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









