ARKIB : 17/06/2012
Rugi lelong murah
ARTIS sekarang dah tak nak minta bayaran tinggi sebab perkara itu tak ada gunanya. Mereka terpaksa akur dengan arus industri seni hari ini yang sama sekali tak membenarkan mereka meletak harga tinggi. Lain situasinya kalau artis itu benar-benar popular. Tambahan pula, bilangan artis baru bertambah setiap hari. Kalau artis A buat perangai letak harga tinggi, esok lusa artis A kena pangkah kemudian diganti dengan artis B, C atau D yang tak banyak hal.
Hakikatnya, tahap survival dunia artis pada hari ini cukup kompetitif. Setiap artis terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan job walaupun kadangkala bayaran yang ditawarkan tak besar mana pun.
Saya merujuk kenyataan ini kepada artis yang suam-suam kuku. Orang pun ingat-ingat lupa kalau sebut nama dia. Golongan artis sebegitu juga pernah sangkut hutang, mengeluh perit bila poket tak penuh, nak-nak hujung bulan. Komitmen bulanan artis sebagai figura awam pun memang tinggi. Nak bayar penyelenggaraan diri, duit kosmetik dan macam-macam lagi. Mana boleh nampak gah saja masa fotografi dengan wartawan, mestilah kena jaga standard bila muncul di tempat awam.
Jadi, bila artis suam-suam kuku ini nak pastikan akaun banknya penuh, dia kena rajin cari job. Artis sebegitu selalunya selalu rembat apa jua rezeki di depan mata. Mereka juga tak banyak soal dalam bab pembayaran. Tapi janganlah bagi terlalu banyak diskaun. Misalnya, dari bayaran biasa diterima sekitar RM2,000 turun menjunam kepada RM500 di hujung diskusi. Mana boleh kan!
Memanglah penganjur selalu bagi alasan tak ada bajet banyak nak bayar artis mahal sebab peruntukan tak besar. Tapi perbuatan memberi terlalu banyak bagi diskaun pada penganjur itu sebenarnya boleh menjahanamkan industri seni kita sendiri.
Ini realitinya. Contohnya, ada penganjur setuju nak guna khidmat seseorang artis itu tapi dibatalkan saat-saat akhir sebab harga artis A itu bersamaan memanggil tiga lagi artis lain.
Ditambah pula dengan perangai segelintir artis kita yang sanggup mencaras (potong jalan) rezeki artis lain semata-mata nak dapatkan job. Dahlah bayaran sikit, lepas itu ditambah pula dengan budaya caras-mencaras di kalangan artis, nampaknya ke lautlah industri kita!
Tanpa disedari, industri seni tanah air kita bakal jadi medan lelong-melelong bakat sebiji macam nak beli ikan di pasar borong. Semua orang bebas tawar menawar harga. Kalau tak suka pada pemborong ikan A, boleh ke pemborong ikan B pula. Hebat bukan?
Dalam situasi persamaan sebegitu, takkan artis tak berfikir bahawa setiap artis dinilai mengikut penampilan luaran dan bukan bakat semata-mata. Tiada nilai istimewa atau faktor X yang boleh ditawarkan artis kepada masyarakat. Itu yang timbul istilah 'artis bodoh, kurang pengetahuan', atau 'harap je muka cantik, tapi perangai hodoh'.
Sedangkan artis tahu bahawa bakat yang anugerahkan kepada mereka tidak ternilai harganya. Mereka perlulah bijak menaksir kebolehan semula jadi dan bersifat selektif dalam setiap karya supaya masyarakat hari ini boleh menghargai artis kita.
Atau setidak-tidaknya, dapat mengurangkan jumlah artis kurang cerdik yang sentiasa merungut tentang teruknya industri seni kita tapi langsung tak membantu mengatasi masalah sedia ada.
Saldana lebih selesa ramai rakan lelaki
Konsert 'Apo Kono Eh Jang' dibanjiri peminat
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









