VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/06/2012

Jerebu: Larang aktiviti luar sekolah jika serius

PULAU PINANG 16 Jun - Semua sekolah diarah tidak membenarkan sebarang aktiviti luar kelas sekiranya keadaan jerebu di negara ini bertambah teruk, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut diambil bagi mengelak kesan buruk terhadap kesihatan murid dan pelajar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi bagi memantau keadaan jerebu.

"Kita guna pakai garis panduan sama iaitu kita akan maklumkan kepada rakyat tentang tahap kes dan ikut nasihat daripada pihak kesihatan.

"Kalau dianggap tidak sesuai maka kegiatan luar harus dikurangkan," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Bersama Pekerja Industri di sini hari ini.

Beliau mengulas keadaan jerebu semalam yang mencatatkan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 beberapa kawasan di Lembah Klang.

Seperti keadaan jerebu sebelum ini, ia dikesan akibat asap tebal daripada pembakaran hutan yang dilakukan tanpa kawalan dan pemantauan oleh petani di Sumatera. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.