VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 14/06/2012

Mesyuarat pertama kumpulan tumpuan, Menteri Kewangan Kedua

KUALA LUMPUR 13 Jun - Kementerian Kewangan hari ini mengadakan mesyuarat pertama bersama kumpulan tumpuan bagi merencana Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada 28 September depan.

Kumpulan tumpuan itu merupakan kumpulan pertama yang ditemui kementerian daripada 17 kumpulan tumpuan keseluruhannya.

Mereka terdiri daripada wakil Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL), Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Malaysia Petroleum Resources Corporation (MRPC) dan Malaysia Service Providers Confederation.

Turut hadir adalah wakil daripada InvestKL, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pertemuan kali pertama bagi kumpulan itu membincangkan mengenai cabaran semasa dan inisiatif baru dalam memacu pelaburan swasta.

Ini kerana, katanya, kerajaan melihat suasana ekonomi global yang tidak menentu dan bakal memberi kesan kepada pelaburan domestik dan asing di Malaysia.

Selain itu, katanya, perbincangan itu turut meliputi isu meningkatkan produktiviti dan inovasi, mengamalkan nilai tambah yang lebih tinggi, menangani isu kekurangan pekerja mahir, meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

“Perbincangan turut meliputi cadangan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan sebanyak 12.8 peratus setahun di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat pertama bersama kumpulan tumpuan sempena Bajet 2013 di sini hari ini.

Mesyuarat kumpulan tumpuan akan diteruskan sehingga September ini meliputi bidang utama lain dan membincangkan isu-isu seperti kedudukan fiskal kerajaan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), isu sosial seperti harga rumah yang tinggi serta isu-isu yang berkaitan dengan jurang pendapatan dan peningkatan hutang isi rumah.

Hasil perbincangan daripada 17 kumpulan tumpuan ini akan memberi input kepada penggubalan Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September depan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditanya mengenai jangkaan Kementerian Kewangan terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk 2012, Ahmad Husni menambah, kementerian menjangkakan prestasi KDNK menghampiri lima peratus bagi tahun ini.

Katanya, separuh kedua dijangka mencatat prestasi KDNK yang lebih baik berbanding separuh pertama tahun ini.

Malah, beliau memberitahu, pelaburan asing juga dijangka tumbuh sejajar dengan pertumbuhan KDNK bagi tahun ini.

“Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat asing memilih negara ini bagi kerja-kerja mereka bentuk. Malah, syarikat-syarikat asing ini akan meminta geran insentif daripada kerajaan untuk tujuan demikian,’’ ujarnya.

Selain itu, kata Ahmad Husni, kerajaan turut menjangkakan lebih banyak syarikat asing menubuhkan pusat latihan di sini berikutan insentif yang menarik akan ditawarkan kerajaan di bawah Bajet 2013.

“Malaysia merupakan negara mempunyai permintaan tinggi dalam perniagaan perkhidmatan dan kami mahu mereka (syarikat-syarikat asing) kekal berada di sini,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.