VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 14/06/2012

Forum Air Selangor tanpa Syabas?

MENGIKUT berita yang tersiar di dada akhbar, kerajaan negeri akan menganjurkan Forum Air Selangor bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang situasi air di negeri ini berikutan perbalahan media yang tidak berkesudahan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat dan operator air di negeri ini.

Dalam kenyataan MB Selangor baru-baru ini disebut Syabas akan dijemput jika relevan.

Satu kenyataan yang sungguh pelik kerana selaku pemain utama dalam industri air di negeri Selangor, MB masih tidak jelas sama ada Syabas mahupun syarikat yang merawat air itu relevan atau tidak khususnya untuk membincangkan isu air.

Di mana rasionalnya kenyataan tersebut? Kalau mereka yang terlibat dalam industri air tidak ada dalam forum sepenting ini, di mana kewibawaan dan kredibiliti forum tersebut?

Atau lebih kepada forum syok sendiri supaya mendapat publisiti murahan untuk mengaburi mata rakyat Selangor. Apa bezanya forum ini dengan kenyataan media yang selalu dibuat oleh MB jika ia bukan terbuka untuk berbincang dan membahaskan maklumat tepat berhubung isu ini? Sekali lagi MB bermain politik dalam isu ini kerana mengelirukan rakyat Selangor dan pengguna.

Forum tersebut juga dikatakan akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis kekurangan bekalan air secara menyeluruh. Bukankah penyelesaian terbaik adalah dengan menjemput kesemua operator air yang terlibat kerana mereka mempunyai data dan maklumat lengkap berkenaan status pembekalan dan permintaan air terkini.

Dengan cara ini, forum yang diadakan menjadi seimbang kerana semua pihak yang terlibat lebih memahami bidang tugas mereka dan dalam masa yang sama akan turut memberikan buah fikiran untuk menangani isu ini dengan lebih berkesan.

Forum ini juga sepatutnya menjadi satu platform untuk mencari penyelesaian jangka panjang, dan segala data dan maklumat yang diperoleh dari pihak yang terlibat dijadikan rujukan kerajaan negeri dalam merangka pembangunan mampan sebagaimana yang diuar- uarkan mereka.

Tambahan pula, negeri Sela- ngor, khususnya peserta forum ini rata-rata merupakan ketua industri di Selangor dan mereka yang terlibat dalam industri besar, dan sederhana, maka wajarlah jika maklumat yang disampaikan itu mempunyai kredibiliti dan tepat.

Kerajaan negeri tidak sepatutnya menolak kewibawaan pihak yang bernaung di bawah industri pembekalan air kerana jika mereka disisihkan, forum yang dibincangkan hanya berat sebelah kepada satu perkara sahaja.

Harap penganjur forum dan kerajaan negeri bersikap neutral jika ingin benar-benar menyelesaikan isu bekalan air di Selangor dan sekali gus mengelakkan krisis bekalan air benar-benar terjadi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.