ARKIB : 13/06/2012
Amal sikap 'wasatiyyah'
SEREMBAN 12 Jun - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang bakal dilahirkan menjadi pemimpin dan penentu hala tuju negara wajar mengamalkan konsep 'wasatiyyah' demi memastikan kesejahteraan dan kemajuan negara terus terjamin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amalan serta sikap wasatiyyah bukan sahaja mampu menjanjikan keseimbangan dan kesejahteraan dalam kehidupan dunia malah di akhirat.
''Jika ingin melihat bagaimana dan siapakah pemimpin pada masa hadapan, maka lihatlah perangai, tingkah laku serta sikap generasi muda masa kini kerana merekalah yang bakal meneraju barisan kepemimpinan masa depan.
''Perkara ini amat penting dalam usaha mematikan harapan pemimpin terdahulu menjadikan negara ini berstatus maju menerusi wawasan 2020 tercapai sekali gus terpelihara dan diwarisi generasi seterusnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Pendaftaran Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai di Nilai dekat sini baru-baru ini.
Katanya, konsep wasatiyyah seharusnya dijadikan amalan kehidupan bagi semua golongan dan peringkat seperti yang ditekankan dalam Islam.
''Bagi mencapai kejayaan, para pelajar khususnya harus berusaha untuk mendaki tangga kejayaan dengan penuh ketertiban berladaskan konsep wasatiyyah sekali gus diberkati Allah SWT," ujarnya.
Tambahnya lagi, penuntut juga diharap dapat mengenali pemimpin dengan lebih dekat bagi membolehkan nilai murni dan sifat positif pemimpin dapat dicontohi seterusnya dipraktikkan pada masa kelak.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









