VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 13/06/2012

Haji: Pas ketepikan tuntutan agama demi politik

NAMPAK sangat kurang bijak kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua ahli Pas yang berhasrat dan terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun ini menangguhkan pemergian mereka jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam musim haji.

Ibadah haji adalah rukun dan wajib ditunaikan oleh mereka yang mengaku dirinya Islam apabila cukup syarat. Dalam hal wajib ini tiada kompromi dalam apa situasi sekali pun, melainkan jika berlaku musibah seperti merebaknya penyakit berjangkit yang serius atau berlakunya kucar-kacir di tempat ibadah itu.

Tetapi kalau setakat untuk meraih undi kepada parti Pas sahaja sudah tentu ia bukan darurat yang membolehkan bertindak menangguhkan haji. Hadis mana dan fatwa mana yang dibawa oleh Ketua Penerangan Pas ini sehingga sanggup mengenepikan apa yang dituntut dalam Islam?

Hendak dikatakan jahil Tuan Ibrahim ini rasanya tidak. Beliau dianggap sebagai ustaz dan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai jawatan penting di dalam Pas. Tetapi beliau boleh meracau hingga ke tahap itu, seolah-olah cuba untuk mengubah qadak dan qadar yang sudah ditentukan.

Bayangkan jika seseorang itu menolak untuk menunaikan haji yang telah ditetapkan jadualnya sudah tentu namanya akan terkeluar dan jatuh gilirannya ke belakang semula di dalam senarai permohonan untuk menunaikan haji. Untuk dapat pergi lagi, mungkin mengambil masa bertahun-tahun, serta menanggung akibat jika jatuh sakit ataupun mati tidak sempat menunaikan haji.

Sudah-sudahlah dengan agenda politik yang tidak sihat ini seolah-olah menggunakan Islam untuk meyakinkan rakyat bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Ingin saya tanya, mampukah dan bolehkah Pas melaksanakan hukum hudud jika menang PRU-13 kelak? Dengan parti DAP dan Parti Keadilan di belakangnya nanti, bolehkah Pas berlaku adil sebagaimana yang dituntut oleh Islam?

Sepatutnya politik dipisahkan daripada agama kerana agama terlalu suci untuk dipolitikkan, tambah-tambah lagi di zaman yang penuh dengan pancaroba ini. Jika terlalu banyak berpolitik dalam menegakkan agama Islam, akan berlakulah krisis atau salah faham di antara umat itu sendiri.

Apa yang berlaku di negara-negara Islam yang menghadapi berbagai-bagai masalah dalaman dan apa yang berlaku dalam sejarah lampau tamadun Islam yang runtuh selepas pemerintahan Khulafah Rasyidin, menjadi iktibar kepada kita bahawa Islam dan politik bukan acuan yang terbaik untuk menegakkan sesebuah negara Islam.

Kalau hendak ikut ajaran Islam sebenarnya ikutlah ajaran al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bukan dicampuradukkan dengan ajaran ideologi politik yang dibawa asalnya oleh kerajaan Yunani purba. Bacalah sejarah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.