ARKIB : 12/06/2012
Beri sokongan bukan tekanan
KUALA LUMPUR - Dalam usaha 'melindungi' misi besar Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik bulan depan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyeru semua pihak tidak mengganggu jaguh No. 1 dunia itu dengan isu menyentuh peribadi, sebaliknya memberi sokongan penuh.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Dr. Mohamed Al-Amin Abdul Majid mengakui bersimpati dengan masalah demi masalah yang menimpa bintang badminton negara itu.
"Bagaimanapun perkara pertama yang saya minta daripada pihak media, peminat dan orang ramai, tolong jangan beri tekanan kepada Chong Wei. Beban yang dipikul sebagai pemain No. 1 dunia dan harapan Malaysia pada Sukan Olimpik sudah cukup besar, jadi harap jangan ditambah lagi.
"Dalam keadaan sekarang, Chong Wei perlukan segala bentuk sokongan daripada semua pihak. Bukan mudah buatnya untuk mengharungi semua kesulitan kalau berterusan diberi tekanan, saya harap semua orang faham apa yang dilaluinya ketika ini.
"Malah, dia juga sedang berhadapan satu lagi masalah yang besar, berusaha untuk pulih daripada kecederaan, jadi sewajarnya Chong Wei diberi ruang untuk fokus kepada persediaannya menghadapi Olimpik London. Saya bersimpati dengannya ketika ini,'' ujar Al-Amin.
Kelmarin, Chong Wei, 29, dan keluarganya dikejutkan dengan berita bapanya, Lee Ah Chai cuba membunuh diri di Pulau Pinang, namun percubaannya digagalkan oleh polis.
Berita mengejut itu tiba beberapa minggu selepas dia cedera buku lali kanan ketika beraksi pada pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, yang menyebabkan ligamennya koyak.
<--NOCUT-->
Zulfahmi gagal tambah mata, terjatuh di Le Mans
Keputusan badminton Piala Sudirman 2013
Liga Super: Ditewaskan NS, ATM gagal pintas Lions XII
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










