VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 12/06/2012

Pelopor enjin pencarian pelancongan bumiputera

Syed Mohd. Razif Al Yahya bersama beberapa kakitangan berbincang mengenai pakej yang ditawarkan kepada orang ramai di ibu pejabat Sri Sutra Travel Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERANCANGAN merupakan 'kunci' terbaik sebelum anda memulakan sebuah pengembaraan atau percutian ke mana sahaja lokasi pilihan.

Sama ada anda impikan pengembaraan mencabar ke Afrika, menawan gunung tertinggi di dunia, menyelam sambil menikmati keindahan terumbu karang di Maldives, memancing di atas sebuah bot layar ataupun sekadar mengunjungi bandar berbeza dengan sebuah beg galas secara backpackers, semuanya memerlukan perancangan yang rapi untuk menyempurnakan sebuah percutian idaman.

Tanpa perlu mengambil masa yang lama, teknologi hari ini banyak membantu manusia untuk menyempurnakan tahun keemasan anda memenuhi impian melancong ke destinasi idaman.

Sebuah percutian kini semakin mudah dirancangkan dengan hanya melayari laman web dan dapat pula membandingkan harga yang bersesuaian dengan bajet yang ada.

Biarpun kebanyakan laman web menawarkan sistem niaga yang serupa tetapi setiap satu daripadanya mempunyai beberapa perbezaan untuk membantu anda merancang dan menempah perjalanan serupa dengan yang diidamkan.

Melihatkan trend penempahan menerusi sistem enjin pencarian pelancongan semakin berkembang, Sri Sutra Travel Sdn. Bhd. (SST) muncul sebagai salah sebuah agensi pelancongan bumiputera pertama mengaplikasikan sistem enjin pencarian pelancongan.

Malah laman webnya lebih teratur dan mudah digunakan jika ia dibandingkan dengan laman web yang sedia ada.

Ini bermakna, semua jenis harga boleh didapati dalam satu laman web dan pelanggan mudah membandingkan harga dan menempah harga tiket mengikut bajet masing-masing.

Kaedah ini bukan sahaja memudahkan para pelancong mendapatkan perbandingan harga malah ia turut memberikan harga terbaik lebih-lebih lagi ketika harga pasaran jatuh bagi destinasi tertentu.

Sebagai salah satu agensi pelancongan terkemuka bukan saja di Asia Tenggara bahkan turut dikenali juga di bahagian Eropah dan Asia Barat, SST kini semakin giat mempromosikan pakej-pakej tersebut menerusi sistem enjin pencarian pelancongan terbaru bagi memudahkan urusan pelancongan pelanggannya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat Kumpulan Sutra Utama, Datuk Syed Mohd. Razif Al Yahya berkata, buat permulaan ini, enjin pencarian pelancongan Sri Sutra telah dilancarkan secara pra-pelancaran.

"Sistem ini telah pun dilancarkan selama sebulan setengah yang lalu dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

"Sekarang zaman perniagaan menuju ke arah teknologi maklumat dan semua perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan telah menggunakan sistem penempahan menerusi enjin pencarian pelancongan," katanya.

Beliau berkata, bagi mendapatkan tawaran harga yang lebih memuaskan pengguna sistem ini boleh menempah setahun lebih awal untuk melancong ke mana-mana destinasi yang diidamkan.

"Penempahan awal melalui sistem ini boleh mengawal harga tiket, boleh buat perbandingan dan tidak perlu menghubungi agensi pelancongan untuk mendapatkan informasi mengenai tempat pelancongan yang ingin ditujui kerana semua bahan informasi boleh didapati dalam laman web ini.

"Semua informasi boleh didapati dalam web ini termasuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan ataupun pakej pelancongan. Sistem ini direka untuk mencari tawaran harga yang berpatutan mengikut harga pasaran.

"Pelanggan juga boleh menempah perjalanan seperti free and easy, plan tour ataupun group departure dari 30 hingga ke 40 orang," katanya.

Menurutnya, sektor pelancongan tidak seperti dahulu. Kalau dulu, pakej melancong secara berkumpulan lebih murah tetapi kini mereka yang melancong berdua pun boleh mendapatkan tawaran yang sama.

"Format perniagaan dalam industri pelancongan kini berbeza kerana pelancong berpeluang menikmati kadar pelancongan lebih murah bergantung kepada nasib dan konsep penempahan lebih awal.

"Dulu pelancong dan pengembara hanya dapat menikmati dua tawaran iaitu tawaran harga tiket penerbangan istimewa dan biasa tetapi kini mereka dapat menikmati tawaran harga tiket berbeza dari mahal ke lebih murah dan setiap hari harga tiket tersebut berbeza-beza.

"Kalau dulu contohnya untuk ke London, tawaran tiket hanya ada RM3,000 hingga RM8,000 tetapi kini pelanggan boleh mendapatkan tawaran tiket dari harga RM1,000 hingga ke RM8,000," katanya.

Jelasnya, sebab itu kalau dulu bila kita bertanya kepada agensi pelancongan mereka boleh memberikan harga yang ditawarkan tetapi kini agensi tersebut perlu mencari maklumat tersebut terlebih dahulu.

"Sebab itu, SST ciptakan sebuah teknologi untuk memudahkan rakyat Malaysia melancong semudah mencari secara dalam talian.

"Kadang-kadang bila kita dah menempah sesuatu tiket, kita dah rasa harganya murah tapi bila kita dah beli tengok-tengok esok ada tawaran lebih murah.

"Trend perniagaan kini ada macam-macam. Pakej dengan produk telah ke arah teknologi sebab itu sebagai sebuah syarikat pelancongan kami perlu mempunyai infomasi pelancongan yang banyak lebih dari agensi pelancongan.

"Boleh dikatakan yang kini industri pelancongan sudah bergerak terus kepada pengguna. Pelanggan boleh mendapatkan harga asal melalui sistem ini yang mampu memberikan pelbagai pilihan kepada para pelanggan," katanya.

Dari segi keselamatan pula, penempahan tiket penerbangan dalam talian sama sahaja dengan menempah tiket melalui laman web syarikat penerbangan seperti Malaysian Airline System Bhd. (MAS), AirAsia dan lain-lain.

"Dari segi ciri-ciri keselamatan, sistem ini tidak pernah bermasalah kerana ia telah diiktiraf dan telah diguna pakai di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kaedah ini telah terbukti dan antara kelebihan sistem ini adalah ia boleh meminimumkan perbelanjaan para pengembara.

"Sebagai travel designer kami perlu sediakan perkhidmatan yang selari dengan kehendak ramai dan hasilnya sebuah sistem yang lebih mesra pengguna," katanya.

Syed Mohd. Razif berkata, evolusi sistem ini dihasilkan berdasarkan cetusan idea dari laman web syarikat penerbangan AirAsia.

"Di Malaysia, AirAsia terlebih dahulu menggunakan sistem ini. Dari tiket penerbangan, hotel dan pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat tersebut dibawah jenama yang sama.

"Tetapi kami di Sri Sutra menawarkan lebih daripada itu dari pelbagai jenis hotel ke pelbagai syarikat penerbangan yang menawarkan harga yang berbeza-beza.

"Kami mempelbagaikan produk-produk dan pelanggan boleh buat pelbagai pilihan dari laman web sama," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.