VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 11/06/2012

Koperasi Sri Nilam yakin kembali untung besar

KOTA BHARU 10 Jun - Koperasi Sri Nilam Berhad mengisytiharkan dividen sebanyak 2.75 peratus yang berjumlah RM414,078.16 dan bonus saham tiga peratus (RM 436,228.70) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, sekali gus jumlah perolehan terendah pernah diberikan kepada ahli dalam tempoh 15 tahun.

Yang Dipertua Koperasi Sri Nilam Berhad, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, pembahagian dividen dan bonus saham dengan jumlah keseluruhan 5.75 peratus itu agak rendah berbanding dengan pembahagian dividen bersama bonus berjumlah 14.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, koperasi itu pada tahun lalu hanya memperoleh keuntungan sebanyak RM569,000 berbanding RM975,000 pada tahun 2010 akibat faktor kemelesetan ekonomi dan kelewatan dalam pelaksanaan projek hartanah koperasi.

"Kita tidak dapat lari daripada tempias ekonomi global dan negara yang mempengaruhi perolehan koperasi memandangkan pelaburan jual beli dalam pasaran saham adalah antara penyumbang utama pendapatan kita.

"Dalam masa sama, kita juga mengalami kelewatan dalam pelaksanaan Fasa II Projek Perumahan Taman Tengku Rithauddeen (TAR) di Melor yang berdepan dengan masalah teknikal seperti kelulusan dan sebagainya.

"Namun pada tahun ini, kita yakin jumlah pendapatan akan meningkat kembali kerana projek perumahan Fasa II Taman TAR sudah dapat dimulakan dan memberi hasil. Setakat ini, sekurang-kurangnya enam daripada 34 buah banglo sudah terjual dan kita jangka pelaksanaannya akan berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sri Nilam Berhad Ke-38 di sebuah hotel di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Sri Nilam Berhad, Tengku Farith Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, pihaknya optimis dapat mencapai pertumbuhan antara 10 hingga 15 peratus tahun ini sekali gus menyasarkan keuntungan sehingga RM1.5 juta.

Beliau berkata, koperasi itu kini aktif membuat perancangan untuk menyertai pelbagai bidang perniagaan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.