ARKIB : 11/06/2012
Program Empower ECER tingkat pencapaian akademik
SETELAH mengubah kehidupan hampir 10,000 penduduk pantai timur, Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah diperluaskan ke Raub, Pahang baru-baru ini untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memperkasakan penduduk tempatan dengan kemahiran berguna bagi membantu mereka menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen ketika merasmikan program itu berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja akan membantu mengimbangi jurang antara kawasan bandar dan luar bandar tetapi ia juga seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang berpendapatan tinggi di kalangan semua rakyat di negara ini.
"Program empower ECER bersama dengan program pembangunan modal insan lain yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan di Raub terbukti menunjukkan rekod yang memberangsangkan dalam memupuk belia tempatan yang merupakan masa depan negara," kata Ahli Parlimen Raub itu.
Program empower mula diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010 dengan objektif untuk meningkatkan sumber modal insan di ECER melalui Latihan Kemahiran Akademik untuk pelajar sederhana dan lemah, serta Latihan Kemahiran & Keusahawanan untuk orang dewasa.
Ia kini dilaksanakan di lima daerah di Pahang iaitu, Bentong, Temerloh, Lipis, Cameron Highlands dan Raub; Kemaman di Terengganu; serta Jeli dan Bachok di Kelantan.
Di Raub, seramai 400 pelajar sederhana dan lemah telah menyertai kursus Latihan Kemahiran Akademik sejak Januari 2012 bagi membantu mereka membuat persediaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang.
Manakala 500 orang dewasa pula telah mendaftar untuk program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka di kalangan bakal majikan atau membolehkan mereka memulakan perniagaan sendiri.
Sehingga kini, ECERDC telah berjaya memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) 100 peratus lulus dalam keputusan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2010 dan 2011.
Secara keseluruhan, ia merekodkan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam pencapaian akademik bagi pelajar yang mendaftar di bawah Program Latihan Kemahiran Akademik.
Selain itu, ECERDC mensasarkan 80 peratus kejayaan dalam penempatan pekerjaan untuk para peserta dengan pendapatan tambahan antara RM800 dan RM1,500 sebulan.
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Peluang lepasan SPM, STPM lanjut pelajaran ke IPMa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









