ARKIB : 11/06/2012
Pemenang Kuiz Teknologi Satelit siri II diumum
KUIZ Teknologi Satelit anjuran Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) bersama akhbar sisipan MEGA Utusan Malaysia menerima sambutan cukup menggalakkan.
Selepas pemenang siri pertama diumumkan dua minggu lalu, ATSB mencari tiga lagi pemenang untuk siri 2 pula.
Majlis cabutan para pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad.
Menurut Ahmad Sabirin, melihat penyertaan yang memberangsangkan itu, pada masa hadapan ATSB bercadang untuk terus berhubung dan merapatkan hubungan para peserta kuiz tersebut melalui platform laman web sosial atau secara surat-menyurat.
''Tujuannya adalah untuk menyatukan individu-individu yang mempunyai minat sama dalam bidang teknologi satelit dan sains angkasa.
''Ini kerana, sekiranya ATSB mahu melakukan aktiviti berkaitan bidang angkasa pada masa akan datang, kita mudah untuk menarik perhatian mereka,'' katanya ketika ditemui di Shah Alam baru-baru ini.
Tiga pemenang tersebut adalah Mohd. Saad Mohd. Said (Alor Setar, Kedah), Mohd. Nur Imam Jaafar (Sungkai, Perak) dan Nadia Fitri Mohamad Havez (Keramat, Kuala Lumpur).
Mereka bakal menerima sumbangan cenderahati daripada ATSB bernilai RM100 setiap seorang.
ATSB juga akan menghubungi sendiri dan menghantar hadiah kepada pemenang yang telah disenaraikan.
Selama 12 minggu, pembaca setia MEGA Utusan Malaysia berpeluang menyertai kuiz berkenaan melalui borang asal yang disiarkan dua minggu sekali setiap Isnin.
Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu soalan dwimingguan yang mengandungi dua soalan objektif dan juga soalan terkumpul.
Mereka perlu menyimpan soalan-soalan terkumpul sebagai rujukan yang disiarkan bersama soalan dwimingguan.
Soalan terkumpul juga adalah berdasarkan artikel yang sama dengan soalan dwimingguan tetapi jawapan perlu dihantar pada minggu terakhir atau minggu ke-12 kuiz berkenaan.
Borang khas untuk jawapan terkumpul akan disiarkan pada minggu terakhir tersebut.
Pemenang kategori soalan dwimingguan dipilih secara rawak berdasarkan jawapan yang betul sementara kategori soalan terkumpul ditentukan mengikut ketepatan jawapan dan slogan yang menarik.
Hadiah utama soalan terkumpul berupa gajet iPhone, tempat kedua menerima iPad2 dan iPod Touch menanti pemenang ketiga.
Soalan-soalan Kuiz Teknologi Satelit untuk siri ketiga akan disiarkan pada 18 Jun 2012 bersama artikel.
Maklumat lanjut mengenai kuiz tersebut boleh juga diperoleh daripada laman web www.atsb.my.
Q10 kekal papan kekunci QWERTY
Ringan dan bergaya
Xperia SP tawar teknologi HD terbaik
Samsung DV150F pintar dan canggih
Peranti lapan dalam satu
Kamera pertama dan termahal dunia
Komputer pintar Samsung ATIV
Huawei tubuh Pusat Inovasi
Erti patrotisme bagi kanak-kanak
Fenomena TV Internet
Transformasi perkhidmatan teksi
Generasi baru Lumia
Semua dalam satu
GoPro Hero3 rakam aksi lasak
Platform Windows Phone 8
Telefon pintar LTE
Buang Timeline dalam Facebook
Liquid C1
Panasonic perkenal 21 model Smart Viera
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









